Tuesday, June 21, 2011

PART 3 - MEMAHAMI PLAN SMARTMEDIC 100 YANG ANDA PILIH


#3 - HAD KELAYAKAN BILIK HOSPITAL



Didalam pemilihan plan untuk kad perubatan terbaik yang akan memenuhi keperluan anda, perkara yang patut diberi keutamaan adalah kelayakan kadar bilik hospital yang ditanggung, termasuk kos untuk makanan seharian (sekurang-kurangnya pagi, tengahari dan malam).  Kad perubatan MAA Takaful SmartMedic 100 menawarkan pilihan yang sangat kompetitif, dengan plan yang terendah menawarkan kelayakan kadar kelayakan tanggungan bilik hospital daripada RM150 semalam untuk Plan 1 sehinggalah ke RM450 semalam untuk Plan 4.

Apa yang membezakan antara kadar RM150 dengan RM450?
Bezanya adalah anda akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk jenis bilik hospital yang anda layak untuk menginap dengan plan yang lebih tinggi.  Di dalam jadual dibawah adalah antara contoh kadar bayaran bilik hospital di beberapa hospital terkenal di lembah klang sebagai rujukan, (nota : kadar bayaran yang dinyatakan dibawah tidak termasuk bayaran makanan dan bayaran cukai kerajaan).  Oleh yang demikian, sekiranya anda mengambil Plan 1 yang menawarkan tanggungan sehingga RM150 (maksimum) semalam, pilihan jenis bilik hospital yang anda layak hanyalah bilik dengan 4 katil. Sekiranya anda lebih selesa dengan wad yang mempunyai 2 katil atau 1 katil, Plan 1 akan menyebabkan anda dikenakan penalti oleh syarikat kerana menggunakan had yang melebihi had plan yang diambil.  Lagi tinggi kelayakan kadar bilik hospital, lagi banyak pilihan yang anda boleh tentukan.

Untuk lebih pemahaman, berikut adalah contoh bagi menerangkan kes di atas.

En. Zulkifli mengambil Plan 1 SmartMedic 100.  Plan 1 ini melayakkan En. Zulkifli mendapat tanggungan kos perubatan sehingga RM50,000 pada tahun semasa dan kadar wad bilik semalam sehingga RM150.  Baru-baru ini En. Zulkifli  telah dimasukkan ke hospital Sunway Medical Centre akibat jangkitan paru-paru.  Berdasarkan kepada kelayakan Plan 1 yang beliau ambil, beliau hanya layak untuk menginap di wad bilik dengan 4 katil.  Tetapi pada sepanjang minggu tersebut, wad dengan 4 katil telah penuh, dan yang hanya tinggal adalah wad 1 katil (Single standard) dan ke atas sahaja.  Disebabkan tiada pilihan, En. Zulkifli terpaksa memilih bilik dengan 1 katil yang mempunyai kadar semalam RM268++ (termasuk makanan).  Walaupun bil keseluruhan yang dikenakan adalah RM12,000 (kurang daripada had tahunan sebanyak RM50,000), En. Zulkifli masih dikenakan penalti kerana menginap di wad yang melebihi daripada kelayakan.    

Oleh yang demikian, pastikan anda membuat pilihan Plan SmartMedic 100 yang sesuai dengan keperluan anda!


SUNWAY MEDICAL CENTRE
Room Type
Room Rate *
(RM per day)
4 bedded
95.00
2 bedded
150.00
Single Standard
268.00
SingleDeluxe
338.00
VIP Suite
650.00


SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE (SJMC)
Room Type
Room Rate *
(RM per day)
4 bedded
88.00
2 bedded
128.00
Single
198.00
Single Executive
308.00
Suite
550.00
Golden Suites (3 rooms)
2500.00
Golden Suite (1 room)
888.00


GLENEAGLES INTAN MEDICAL CENTRE
Room Type
Room Rate *
(RM per day)
4 bedded
80.00
2 bedded
140.00
Single
230.00
Executive Single
330.00
Suite
600.00
Executive Suite
1,600.00
Presidential Suite
3,800.00

-----------------------------------------------------------------------------------------------------








0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates