Wednesday, June 22, 2011

KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN POLISI TAKAFUL ANDA

Pembayaran Menggunakan fasiliti Mesin MAA ATM
Mesin ATM ini kebiasaannya boleh didapati di ibu pejabat MAA ataupun cawangan-cawangan tertentu.  Kaedah pembayarannya adalah samada menggunakan kad kredit (Visa/Master) ataupun cheque.  Jika anda menggunakan cheque, sila pastikan anda menulis no polisi takaful anda dibelakang cheque berkenaan.

Pembayaran Secara Pos (Cheque)
Sila pastikan anda poskan ke alamat berikut :-

MAA Takaful Berhad,
15th Floor, Menara MAA,
No 12, Jalan Dewan bahasa,
50460 Kuala Lumpur

dan seperti biasa, pastikan no polisi takaful anda ditulis dibelakang cheque.


Pembayaran Menerusi Arahan Tetap Bank (MAAT Easy Contribution Payment)
Adalah kaedah pembayaran yang paling digalakkan, iaitu melalui penolakan secara tetap daripada kad kredit oleh pihak bank yang dilantik.  Kaedah ini mengelakkan masalah pembayaran lambat, tapi anda kena pastikan kredit limit kad kredit anda sentiasa mencukupi ya!  Anda perlu mengisi borang yang boleh diperolehi daripada agen MAA Takaful yang bertauliah untuk menggunakan kaedah pembayaran ini.

Pembayaran Secara Online
Anda boleh membayar caruman secara manual & online melalui kebanyakkan sistem perbankan yang ditawarkan seperti yang disenaraikan dibawah :-

  1. Maybank Berhad
  2. RHB Bank Berhad
  3. Affin Bank Berhad
  4. HSBC Bank Malaysia Berhad
  5. Public Bank Berhad
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat Malaysia Berhad
  8. EON Bank Group Malaysia Berhad
  9. CIMB Bank Berhad

Berikut ini adalah contoh pembayaran menggunakan perbankan online daripada Maybank2u.com.my sebagai panduan.


Langkah-langkah pembayaran :
  • Pastikan anda memilih Insurance & Takaful (pull-down menu) untuk ruangan "View all payees by category".
  • Klik butang Continue untuk ke skrin seterusnya.



  • Pilih syarikat MAA Takaful Berhad (pull-down menu) untuk ruangan "Now select the company"
  • Klik butang Continue untuk ke skrin yang seterusnya.


  • Pastikan anda telah semak & mengenalpasti maklumat jumlah pembayaran, no Polisi MAA Takaful & no telefon.  No Polisi MAA Takaful anda boleh diperolehi samada melalui buku polisi MAA Takaful, ataupun tertera pada Kad SmartMedic 100 (sekiranya anda mengambil plan perubatan) ataupun melalui MyAccess sekiranya anda telah mendaftar secara online.
  • Klik butang Continue untuk ke skrin seterusnya untuk tujuan pengesahan sebelum diikuti dengan klik butang Submit untuk menyelesaikan pembayaran anda. 







0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates