Monday, July 4, 2011

APA ITU RIDER?

Didalam setiap plan takaful, dua perkara perlindungan asas (basic) yang perlu ada iaitu perlindungan untuk kematian dan perlindungan hilang upaya keseluruhan seperti lumpuh seluruh badan (total permanent disablement).

Manakala Rider adalah manfaat perlindungan tambahan ke atas perlindungan asas yang boleh dipilih supaya sijil takaful yang dimiliki mampu menawarkan perlindungan yang lebih komprehensif. Kebiasaanya Rider tidak boleh wujud secara bersendirian. Contoh rider yang paling kerap ditambah adalah perlindungan 46 jenis penyakit kritikal. 

Secara kiasannya, perlindungan asas takaful adalah seperti sebuah kereta manakala rider adalah seperti ABS atau air-bag yang ditambah untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pemandu kereta berkenaan, namun begitu ia bukan kemestian dan bukan prasyarat untuk kereta tersebut berfungsi dengan baik, dan ia juga tidak boleh berfungsi secara sendirian tanpa adanya kereta! 

Berikut adalah antara senarai rider-rider yang ditawarkan oleh MAA Takaful :

  1. MTCIP - Penyakit Kritikal Manfaat Tambahan Plus
  2. MTCIS - Penyakit Kritikal Manfaat Tambahan Super
  3. xxMTCB - Manfaat Penyumbang
  4. MTJCI - Perlindungan Penyakit Kritikal Juvana
  5. MTKP - Perlindungan Khusus
  6. MTZP - Perlindungan Ziarah
  7. MTWCDD - Pengecualian Caruman Keatas Penyakit Kritikal
  8. MTWI - Penyakit Wanita
  9. MTMP - Perlindungan Wanita Bersalin
  10. MTGW - Perlindungan Golden Wanita
  11. MTHB - Manfaat Hospital
  12. MTHS - Manfaat Hospital & Pembedahan
  13. MTIAI - Gantirugi Kemalangan 


1 comments:

Unknown said...

Means wajib carum insurance bg rider laye?

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates