Monday, June 20, 2011

TAHUKAH ANDA?

FAKTA #1
Caruman untuk kad perubatan MAA Takaful SmartMedic 100 akan meningkat daripada Plan 1 (ekonomikal) sehinggalah ke Plan 4 (ekslusif).  Tapi tahukah anda nilai tanggungan perubatan turut meningkat tetapi BERKALI-KALI GANDA berbanding peningkatan caruman? Cuba lihat fakta dibawah :-

  • Peningkatan caruman daripada PLAN 2 berbanding PLAN 1 adalah didalam anggaran sebanyak 27%, tetapi merekodkan sebanyak 100% peningkatan didalam  had nilai pelindungan untuk bil hospital dan 33% peningkatan didalam kadar wad bilik hospital semalam.
  • Peningkatan caruman daripada PLAN 3 berbanding PLAN 1 adalah didalam anggaran sebanyak 35%, tetapi merekodkan sebanyak 200% peningkatan didalam  had nilai pelindungan untuk bil hospital dan 100% peningkatan didalam kadar wad bilik hospital semalam.
  • Peningkatan caruman daripada PLAN 4 berbanding PLAN 1 adalah didalam anggaran sebanyak 114%, tetapi merekodkan sebanyak 300% peningkatan didalam  had nilai pelindungan untuk bil hospital dan 200% peningkatan didalam kadar wad bilik hospital semalam. 
Oleh yang demikian, yang mana satu pilihan terbaik anda?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

FAKTA #2
Terdapat 3 jenis perlindungan takaful berkaitan dengan hospital atau tanggungan perubatan dan hospital yang sering mengelirukan.

  1. Fi dan Perkhidmatan Hospital (Medical Services/Medical Card) - Plan ini memberikan perlindungan ataupun tanggungan ke atas bil-bil hospital berdasarkan had-had tanggungan tertentu, berdasarkan plan yang dipilih.  Kebiasaanya plan ini akan didatangkan sekali kad perubatan untuk memudahkan pemegang polisi takaful untuk mendaftar semasa kemasukan ke hospital.  Kadar caruman adalah bergantung kepada plan yang dipilih.  Sekiranya di MAA Takaful, plan ini dikenali sebagai SmartMedic 100 dan ia boleh wujud secara sendiri ataupun didatangkan sebagai rider didalam plan MAA Takafulink.
  2. Manfaat Hospital (Hospital Benefit) - Ia biasanya didatangkan sebagai rider (tambahan) untuk plan asas takaful kerana ia tidak boleh wujud secara sendiri.  Plan ini hanya membayar elaun tetap berdasarkan bilangan hari anda berada didalam wad hospital.  Tetapi perlu diingat, ia tidak akan menyelesaikan sebarang bil hospital anda!  Ia biasanya lebih murah dan kebiassannya pemegang polisi keliru dengan plan yang akan menyelesaikan bil hospital. Contohnya jika ia menawarkan elaun hospital sebanyak RM100, anda akan menerima RM500 sekiranya ada berada didalam wad selama 5 hari.  Manfaat ini biasanya ditambah sebagai rider kepada pemegang polisi yang bekerja dengan gaji dikira secara harian, oleh yang demikian rider ini akan membantu pemegang polisi yang mungkin kehilangan pendapatan semasa berada dihospital. Ia boleh didatangkan secara rider didalam plan MAA Takafulink.
  3. Penyakit Critical (Critical Illness) - Ia adalah juga rider dan ia akan membayar pampasan atau dikenali sebagai wang sumbangan yang akan dibayar sekaligus apabila anda disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal yang disenaraikan.  Untuk MAA Takaful, terdapat 46 jenis penyakit kritikal yang dilindungi.  Wang sumbangan yang diterima boleh digunakan untuk membiayai rawatan, cumanya ia tidak boleh dimanfaatkan secara serta merta kerana ia membabitkan beberapa proses yang memerlukan tempoh tertentu.  Ia boleh didatangkan secara rider didalam plan MAA Takafulink.
Oleh yang demikian, pastikan anda ambil plan yang betul ya!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


FAKTA #3
TAHUKAH ANDA bahawa kos untuk memiliki Takaful/Insuran kereta yang mampu dibayar oleh rakyat Malaysia setiap tahun bagi memastikan perlindungan ke atas sebarang kerosakan pada kereta akibat kemalangan adalah lebih tinggi daripada kos Plan Takaful/insuran yang diperlukan untuk melindungi 'kerosakan' pada diri sendiri akibat penyakit atau kemalangan? Cuba lihat fakta dibawah :-

Untuk melindungi kereta dengan cc 1.6-2.0 yang bernilai RM100,000.00 tanpa potongan NCB, anda akan dikenakan kadar caruman Takaful/Insuran sebanyak RM2,851.00 setahun ataupun RM237.00 sebulan.  Walaupun anda mempunyai potongan NCB maksimum sebanyak 55% sekalipun, anda masih akan dikenakan caruman sebanyak RM1,283.00 setahun ataupun RM106.00 sebulan.  Ini baru perlindungan yang asas (basic), kebiasaannya perlindungan tambahan pasti akan dimasukkan sekali seperti Windscreen, flood cover, car acessories; maklumlah hendakkan yang terbaik untuk kereta la katakan!

Cuba anda bandingkan pula dengan Plan MAA Takaful SmartMedic 100, contohnya untuk seorang lelaki yang berumur 30 tahun yang memilih Plan 2 SmartMedic 100, beliau perlu mencarum sekurang-kurangnya RM804.00 setahun ataupun hanya RM67.00 sebulan untuk membolehkan diri beliau dijanjikan perlindungan ke atas bil perubatan sebanyak RM100,000.00, disamping perlindungan tambahan yang diberikan SECARA PERCUMA tanpa sebarang tambahan kos seperti diberi kelayakan & layanan untuk menginap di bilik hospital yang selesa serta dijamu dengan hidangan secukupnya yang bernilai RM200.00 semalam serta turut akan mendapat wang sumbangan untuk khairat kematian sebanyak RM5,000.00 sekiranya berlaku kematian kepada lelaki berkenaan.  Itu baru sebahagian faedah percuma yang diterangkan, tidak termasuk lain-lain lagi faedah yang tidak dinyatakan disini.  Adakah anda rasa ia amat membebankan?

Kenapa anda tidak boleh menyayangi kereta & diri anda sendiri secara serentak dengan memberi perlindungan yang sewajarnya?  Renung-renungkan, anda mampu merubahnya!





0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates