Saturday, June 18, 2011

PART 2 - MEMAHAMI PLAN SMARTMEDIC 100 YANG ANDA PILIH

#2 - HAD TAHUNAN & HAD SEUMUR HIDUP


MAA Takaful memberi pelbagai pilihan plan perubatan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda, bermula daripada PLAN 1 yang menjimatkan sehinggalah kepada PLAN 4 yang menawarkan perlindungan yang lebih ekslusif! Dan yang paling hebatnya, tiada KO-TAKAFUL akan dikenakan oleh MAA Takaful atau lebih dikenali sebagai KO-INSURAN, iaitu perkongsian pembayaran bil hospital diantara pihak syarikat Takaful/Insuran & pemegang polisi mengikut peratusan tertentu.  Ini  bermakna, MAA Takaful akan mengurus semuanya bagi pihak anda !

Kita mula dengan apa yang dimaksudkan oleh Had Tahunan Keseluruhan.  Had tahunan adalah had maksimum yang boleh digunakan untuk menampung kos perubatan dalam tahun semasa.  contohnya, untuk PLAN 1 mempunyai had tahunan keseluruhan RM50,000, iaitu kos maksima yang akan dibiayai oleh MAA Takaful pada tahun berkenaan.  Hanya sekiranya kos melebihi had yang ditetapkan, kos lebihan tersebut perlu ditanggung oleh pemegang polisi.  Jumlah had akan kembali ke RM50,000 untuk tahun berikutnya dan akan berterusan sehinggalah had seumur hidup mencapai had maksima.
   
Had Seumur Hidup pula sama seperti had tahunan, cuma tempoh masanya lebih panjang, iaitu samada sehingga ia mencapai tempoh tamat pada umur 80 tahun atau had telah sepenuhnya digunakan, bergantung yang mana paling awal berlaku.  Bila keadaan ini berlaku, perlindungan perubatan MAA Takaful akan ditamatkan.  Had seumur hidup akan berkurangan selaras dengan pengurangan had tahunan, namun nilainya tidak akan kembali ke asal seperti had tahunan apabila masuk ke tahun berikutnya.

Untuk pemahaman lebih lanjut, berikut adalah contoh senario.
En. Zamani mempunyai kad perubatan PLAN 1, dengan had tahunan RM50,000 dan had seumur hidup RM150,000.  Baru-baru ini En. Zamani telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit lemah jantung selama sebulan lebih dan bil keseluruhan hospital yang dikenakan adalah RM20,000.

Oleh yang demikian, had tahunan yang masih boleh digunakan pada tahun tersebut hanya tinggal RM30,000, manakala had seumur hidup turut telah berkurangan kepada RM130,000.  Untuk tahun berikutnya, had tahunan akan dinaikkan semula kepada RM50,000 tetapi had seumur hidup akan terus berkurangan sekiranya had tahunan digunakan.


Pembaca yang membaca artikel ini turut membaca artikel dibawah :-















0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates