Wednesday, June 29, 2011

TERMA-TERMA PENTING DI DALAM PRODUK TAKAFUL

Takaful - Bermaksud saling jamin menjamin sesama manusia, membantu satu sama lain melalui pengwujudan tabungan yang akan digunakan untuk memberi sumbangan terutama kepada yang ditimpa musibah.  Konsep asas adalah sama dengan insuran konvensional iaitu bertujuan untuk menguruskan risiko, namun perbezaan yang ketara adalah Takaful beroperasi berlandaskan konsep syariah yang dituntut didalam Islam.

Peserta - Terma yang digunakan di dalam Takaful yang merujuk kepada pemunya polisi (policy owner) yang biasa digunakan didalam terma insuran konvensional.  Didalam Takaful, ia dipanggil peserta kerana Takaful adalah berlandaskan kepada konsep saling jamin menjamin dan dana yang dikumpul bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah daripada sumbangan secara ikhlas daripada mereka yang menyertai program Takaful.

Sijil - Terma yang digunakan didalam Takaful yang merujuk kepada polisi didalam insuran konvensional.  Sijil terbentuk berlandaskan akad diantara Syarikat Pengendali Takaful seperti MAA Takaful dengan mereka yang ingin menyertai program Takaful ataupun dikenali sebagai Peserta.  

Wang Sumbangan - Terma yang digunakan didalam Takaful yang merujuk kepada wang pampasan didalam insuran konvensional berdasarkan kepada nilai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak apabila berlaku sesuatu musibah yang dilindungi.  Ia dikenali sebagai wang sumbangan kerana wang tersebut adalah daripada dana terkumpul hasil sumbangan ikhlas para peserta Takaful (bukan hak milik syarikat Takaful), bukan wang ataupun dana yang dipunyai oleh Syarikat Insuran seperti didalam konsep insuran konvensional. 

Wakalah – Prinsip di dalam Islam dimana MAA Takaful hanya akan bertindak sebagai wakil ataupun agen bagi pihak peserta ataupun pencarum untuk menguruskan operasi perniagaan takaful. Disebabkan itu, satu bentuk yuran (dikenali sebagai Wakalah Tharawat) akan dikenakan oleh pihak MAA Takaful sebagai upah untuk pengurusan operasi perniagaan takaful & pengurusan dana yang dikumpul melalui konsep tabarru’ (diterangkan lebih terperinci seperti dibawah).

Tabarru’ – bermaksud bersedekah secara ikhlas (tidak mengharapkan sebarang balasan). Oleh yang demikian, didalam konsep Takaful, sebahagian kecil daripada caruman yang dibayar akan disedekahkan untuk mewujudkan satu tabungan atau dana (bukan hakmilik mutlak syarikat MAA Takaful) yang akan digunakan untuk diagihkan sebagai bantuan kepada peserta-peserta yang mengalami musibah seperti kematian, mengidap penyakit kritikal dan lain-lain yang terlibat (mengikut jumlah perlindungan yang diambil oleh peserta), berdasarkan konsep takaful yang dipersetujui. Didalam terma insuran yang lebih difahami, ia merujuk kepada dana yang akan digunakan untuk pembayaran pampasan untuk setiap perlindungan yang diambil. Dana yang dikumpul ini dikenali sebagai PRIA.   Keuntungan daripada pelaburan ini akan dikongsi bersama diantara MAA Takaful dan peserta MAA Takaful secara sama rata (50:50). Ia dikenali sebagai perkongsian lebihan (surplus sharing).

Firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

PRIA - Tabungan yang diwujudkan daripada sedekah (kadar daripada caruman takaful yang dibayar yang ditetapkan oleh pihak MAA Takaful yang adil untuk semua peserta yang terlibat dan dilindungi) daripada para peserta yang akan digunakan untuk memberi bantuan sekiranya peserta mengalami musibah yang dilindungi (bayaran berdasarkan jumlah perlindungan yang telah dipersetujui diantara pihak MAA Takaful & peserta).  Dana yang terkumpul ini bukan hanya khusus digunakan untuk disumbangkan kepada peserta ketika mengalami musibah sahaja, tetapi turut akan dilaburkan oleh MAA Takaful berlandaskan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan.  Sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikongsi (Mudharabah) bersama para peserta secara sama rata (50:50).  Keuntungan yang diperolehi ini akan dimasukkan ke dalam tabungan PIA para peserta.

PIA - Tabungan peribadi bagi pelaburan para peserta (hak milik peserta) daripada pilihan dana pelaburan berasaskan syariah yang ditawarkan oleh pihak MAA Takaful.  Sebahagian besar daripada caruman yang dibayar akan dilaburkan dan dimasukkan ke dalam tabungan ini. 


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates