Friday, June 17, 2011

TAKAFUL vs INSURAN KONVENSIONAL

Secara asasnya, Insuran dan Takaful merupakan bentuk pengurusan risiko yang digunakan bagi jaminan terhadap risiko berkemungkinan melibatkan kerugian kewangan. Pada dasarnya kedua-duanya berdasarkan kepada objektif yang sama, iaitu instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. Kedua-duanya tertakluk dibawah pengawasan Bank Negara, tetapi yang membezakan antara kedua-duanya dari segi perundangan ialah Takaful turut diawasi oleh Badan Syariah.


Pengurusan risiko perlu membabitkan risiko yang boleh dikenalpasti termasuk puncanya dan boleh dianggarkan kerugian yang dialami.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Syarikat pengendali Insuran mentakrifkan ia sebagai pemindahan risiko daripada pihak pengguna atau pelanggan kepada pihak syarikat, dan dengan itu pihak pelanggan tersebut akan dikenakan sejumlah yuran yang dikenali sebagai premium untuk membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan bagi menanggung risiko tersebut. Daripada yuran yang diterima tersebut, syarikat akan mewujudkan dana (hakmilik syarikat) yang akan digunakan untuk dilaburkan serta untuk membayar tuntutan. Keuntungan akan diperolehi oleh syarikat bagi setiap lebihan daripada nilai dana minimum yang ditetapkan, samada disebabkan oleh tuntutan sebenar yang dbayar kurang daripada unjuran yang dbuat, atau keuntungan daripada pelaburan (sepenuhnya dimiliki oleh pihak syarikat) yang dibuat bermodalkan daripada dana tersebut. Rujukan lanjut berkenaan Insuran, layari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Insurans

Manakala Syarikat pengendali Takaful mengamalkan konsep Tabarru', dimana syarikat hanya akan bertindak sebagai pengendali kepada dana (hakmilik pelanggan atau peserta) yang diwujudkan daripada sumbangan para pelanggan yang dkenali sebagai peserta yang menyertai program Takaful tersebut. Pengendalian akan melibatkan operasi pengurusan & pelaburan kepada dana tersebut yang berpandukan kepada garispanduan syariah, operasi pentabdbiran serta operasi membayar tuntutan kepada peserta yang ditimpa bencana, selaras dengan syarat dan terma yang telah dipersetujui semasa akad. Disebabkan syarikat hanya bertindak sebagai pengendali, sejumlah upah yang berpatutan yang dikenali sebagai Wakalah akan dikenakan oleh pihak syarikat kepada peserta. Keuntungan akan diperolehi oleh syarikat berdasarkan kepada jumlah upah yang diterima, serta melalui perkongsian keuntungan dengan para peserta daripada pelaburan yang dibuat bermodalkan dana yang dikumpul melalui konsep Mudharabah. Rujukan lanjut berkenaan Takaful, sila layari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful

Berikut adalah gambarajah perbezaan pengendalian di antara Insuran (konvesional) & Takaful.







0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates