Saturday, June 18, 2011

PART 1 - MEMAHAMI PLAN SMARTMEDIC 100 YANG ANDA PILIH

#1 - CARUM HANYA RM185.25 SEBULAN UNTUK PERLINDUNGAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK SELURUH KELUARGA BERNILAI RM600,000

Jadual 1
Nota : Caruman yang ditunjukkan didalam jadual diatas adalah secara tahunan.  Sekiranya perlu anggaran caruman untuk bulanan, hanya perlu caruman tahunan tersebut dibahagikan dengan 12 bulan.



Jadual 2

PERKARA PERTAMA yang patut anda fikirkan adalah memastikan sekurang-kurangnya diri anda, isteri atau suami anda, anak-anak anda, ibu bapa anda (sekiranya masih ada & mempunyai kesihatan yang baik dan berada pada usia kurang daripada 59 tahun), adik beradik anda, sanak saudara anda, teman rapat dan lain-lain disekeliling yang penting bagi anda, berkemampuan untuk menampung sebarang kos rawatan yang semakin meningkat! Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, anda mungkin boleh hadkan perbelanjaan harian anda, catu kuantiti makanan/minuman atau mengurangkan pengambilan makanan yang mewah, atau menangguhkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran, tetapi percayalah anda pasti tidak mungkin dapat menangguhkan rawatan sekiranya menghidap penyakit kritikal!

Sebagai contoh, sebuah keluarga sederhana dengan 2 orang cahaya mata berusia 2 tahun (perempuan) dan 6 tahun (lelaki).  Si bapa berusia 35 tahun manakala si ibunya baru berusia 28 tahun.  Bagi memastikan seluruh ahli keluarganya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan terbaik daripada pakar-pakar yang bertugas di hospital-hospital swasta yang pastinya bukan murah, si bapa hanya perlu membelanjakan atau mencarum sebanyak RM185.25 sebulan ataupun RM6.20 sehari bagi polisi perubatan MAA Takaful untuk jumlah perlindungan rawatan perubatan keseluruhan yang diperuntukkan oleh MAA Takaful untuk keluarga ini sebanyak RM600,000!

Adakah anda bersetuju bahawa si bapa membuat keputusan yang bijak & perbelanjaan yang dikeluarkan amat berbaloi?

Pengiraan bagi jumlah caruman sebanyak RM185.25 untuk keluarga ini adalah seperti dibawah :-

Pilihan Plan MAA Takaful untuk seisi keluarga = Plan 1
  1. Si bapa yang berumur 35 tahun berada didalam lingkungan umur 30-39 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM633 ataupun RM52.75 sebulan (RM633 / 12 bulan).
  2. Si ibu yang berumur 28 tahun berada di dalam lingkungan umur 22-29 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM536 ataupun RM44.70 sebulan.
  3. Untuk si abang yang berusia 6 tahun, beliau berada di dalam lingkungan umur 6-15 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM387 ataupun RM32.35 sebulan.
  4. Dan yang terakhir si adik yang berusia 2 tahun, beliau berada di dalam lingkungan umur 30 hari-5 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM665 ataupun RM55.45 sebulan.
maka, RM185.25 = RM52.75 (bapa) + RM44.70 (ibu) + RM32.35 (abang) + RM55.45 (adik)

Sila rujuk Jadual 1 di atas untuk caruman yang dikenakan bagi linkungan umur anda & orang yang anda ingin lindungi dan plan takaful yang anda pilih.  Maklumat terperinci untuk setiap plan ditunjukkan didalam Jadual 2.

Sudahkah anda dan keluarga anda dilindungi?

Kenapa anda perlu menggunakan wang simpanan anda yang mengambil masa bertahun-tahun dikumpulkan untuk membiayai perbelanjaan perubatan anda?


Pembaca yang membaca artikel ini turut membaca artikel dibawah :-










0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates