Monday, July 4, 2011

PART 1 - MEMAHAMI PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN OLEH RIDER

1. MTCIP - Penyakit Kritikal Manfaat Tambahan Plus
Rider yang memberi perlindungan kepada 46 jenis penyakit yang disenaraikan oleh MAA Takaful. Manfaat perlindungan akan dibayar 100% daripada jumlah perlindungan yang diambil pada diagnosis pertama salah satu penyakit kritikal yang disenaraikan ataupun mengikut peratusan tertentu sekiranya mengidap penyakit atau mendapatkan rawatan seperti dibawah :-

  •  Angioplasti Belon (10%)
  • Terapi Laser Arteri Koronari atau sebarang prosedur koronari invasif berkaitan (10%)
  • HIV disebabkan pemindahan darah (50%)
  • Jangkitan HIV akibat pekerjaan (50%)
  • AIDS dengan gejala penuh (50%)
Baki perlindungan yang masih tinggal akan diperuntukkan untuk pembayaran perlindungan penyakit kritikal lain sehinggalah jumlah perlindungan habis.  Jumlah perlindungan yang diambil tidak boleh melebihi had perlindungan asas (kematian & hilang upaya).  Sebarang pembayaran untuk rider ini akan turut memberi kesan kepada jumlah perlindungan asas.  Contoh :

En. Ahmad mengambil perlindugan asas takaful (kematian dan hilang upaya) sebanyak RM100,000.00 dan rider MTCIP sebanyak RM70,000.00.  Pada  bulan lepas En. Ahmad telah disahkan mengidap penyakit buah pinggang yang rosak kedua-duanya secara kekal.  Oleh yang demikian, MAA Takaful akan membayar kepada En. Ahmad sebanyak  RM70,000.00.  Pembayaran ini  menyebabkan perlindungan asas berkurangan kepada RM30,000.00 (RM100,000.00 - RM70,000.00).  Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kepada En. Ahmad, MAA Takaful akan membayar baki sebanyak RM30,000.00. 

Tetapi jika nilai perlindungan rider yang diambil sama dengan nilai perlindungan asas, pembayaran pampasan sebanyak 100% akibat penyakit kritikal akan menyebabkan sijil takaful ditamatkan kerana tiada lagi nilai perlindungan yang tinggal.

2. MTCIS - Penyakit Kritikal Manfaat Tambahan Super
Rider ini menawarkan faedah sama seperti MTCIP di atas, cuma yang membezakannya adalah kaedah pembayaran wang sumbangan/pampasan apabila peserta sijil Takaful didiagnose dengan penyakit kritikal.  Untuk Rider ini, jumlah pembayaran wang sumbangan tidak memberi kesan kepada nilai perlindungan asas.

Contohnya, Pn. Junaidah menyertai plan MAA Takaful yang mempunyai nilai perlindungan asas (kematian & hilang upaya penuh) sebanyak RM100,000.00 dan rider MTCIS sebanyak RM80,000.00.  Pn. Junainah telah disahkan mendapat kanser payu dara tahap 4 setelah membuat pemeriksaan rapi hospital susulan daripada kesakitan yang dialami disamping terdapat benjolan yang ketara pada bahagian payu dara.  Atas faktor tersebut, MAA Takaful memberi sumbangan seperti yang dijanjikan sebanyak RM80,000.00.  6 bulan kemudian, Pn. Junaidah meninggal dunia akibat kanser yang sudah melarat & merosakkan kebanyakkan organ dalamannya.  Disebabkan arwah mengambil rider MTCIS, waris beliau telah menerima sumbangan perlindungan asas sebanyak RM100,000.00.


3. xxMTCB - Manfaat Penyumbang
Rider untuk pengecualian pembayaran caruman sekiranya PENYUMBANG (YANG MEMBAYAR CARUMAN) ataupun PENJAGA/IBU BAPA meninggal dunia ataupun disahkan hilang upaya penuh ataupun didiagnose mengidap salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan.  Ini bermaksud plan takaful akan diteruskan dan segala manfaat yang terkandung didalam plan takaful ini akan terus dinikmati oleh peserta dengan MAA Takaful mengambil alih peranan untuk membayar caruman sehinggalah plan takaful tersebut ditamatkan ataupun sampai ke tarikh matangnya.  Kebiasaanya rider ini dicadangkan untuk plan takaful pendidikan anak-anak ataupun ke atas mana-mana plan MAA Takaful dimana anda bertanggungjawab membayar caruman bagi pihak orang yang dilindungi oleh plan takaful.

4. MTJCI - Perlindungan Penyakit Kritikal Juvana
Rider yang dikhususkan untuk perlindungan kepada penyakit yang biasa menyerang Juvenil/kanak-kanak.  Kebiasaanya rider ini dicadangkan untuk plan takaful untuk kanak-kanak seawal 1 bulan.  Berikut adalah senarai 8 jenis penyakit kritikal yang dilindungi di dalam rider ini dimana sebarang sumbangan/pampasan berdasarkan nilai yang dipersetujui akan dibayar apabila terdapat pengesahan ke atas diagnose ke atas penyakit tersebut.

  1. Asma yang teruk
  2. Leukimia
  3. PemindahanTulang Sumsum
  4. Kencing Manis
  5. Demam Reumatik Dengan Kerosakan Valvula
  6. Penyakit Kawasaki Dengan Komplikasi Jantung
  7. Kerencatan Akal Disebabkan Oleh Kemalangan Atau Penyakit
  8. Glomerulonefritis Dengan Sindrom Nefrotik

5. MTKP - Perlindungan Khusus
Rider ini adalah untuk tujuan khairat kematian dimana sumbangan sebanyak RM2,000.00 (pre-approved) akan dibayar kepada waris dalam tempoh 24-jam dengan hanya tuntutan dibuat disertai dengan salinan laporan polis & surat kematian yang diperakui bagi perbelanjaan urusan pengkebumian.  Selepas proses kelulusan sepenuhnya dilaksanakan oleh pihak MAA Takaful, tambahan sebanyak RM5,000.00 wang sumbangan akan dibayar kepada pihak waris yang boleh digunakan untuk lain-lain urusan berkaitan seperti mengadakan kenduri arwah dan sebagainya.


6. MTZP - Perlindungan Ziarah
Rider ini akan membayar wang sumbangan 100% daripada had yang dipersetujui sekiranya berlaku kematian hilang upaya kekal kepada peserta.  Ia mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan perlindungan asas, namun yang membezakannnya adalah MTZP akan menggandakan bayaran sumbangan sebanyak 200% daripada had yang dipersetujui sekiranya kematian atau hilang upaya kekal berlaku di negara Arab Saudi (kebiasaanya semasa melaksanakan urusan Haji ataupun Umrah di Mekah).  Lagi satu ciri perbezaanya adalah ia mempunyai had tanggungan sumbangan maksimum sebanyak RM100,000.00 ataupun RM200,000.00 sekiranya di Arab Saudi serta mensyaratkan rider MTKP disertakan sekali.  Rider ini dicadangkan kepada mereka yang bercadang untuk mengerjakan Haji dan Umrah tetapi mempunyai tanggungan waris yang ditinggalkan, dimana rider ini akan meningkatkan nilai wang sumbangan/pampasan perlindungan asas tetapi dengan tambahan caruman yang minimum.

7. MTWCCD - Pengecualian Caruman Keatas Penyakit Kritikal
Rider ini menyediakan pengecualian caruman (caruman untuk bahagian rider MTCIP atau MTCIS sahaja) sekiranya orang yang dilindungi didiagnose mendapat penyakit kritikal seperti yang disenaraikan didalam 46 jenis penyakit yang dilindungi, tetapi dengan syarat plan takaful tersebut turut disertakan dengan rider MTCIP atau MTCIS, dengan had maksimum yang dilindungi sebanyak RM500,000.00.   

Contohnya, En. Zaki mengambil Plan MAA Takaful dengan nilai perlindungan asas (kematian & hilang upaya kekal) sebanyak RM350,000.00, perlindungan 46 jenis penyakit sebanyak RM200,000.00 melalui rider MTCIS serta pengecualian caruman untuk perlindungan penyakit kritikal melalui rider MTWCCD.  Beliau membayar caruman bulanan sebanyak RM400.00 dengan anggaran RM150.00 daripada jumlah caruman tersebut adalah peruntukan sumbangan untuk rider MTCIS.   Pada minggu lepas En. Zaki telah didiagnose mengidap leukimia, dan penyakit ini merupakan salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh MAA Takaful.  Disebabkan beliau memilih rider MTWCCD, caruman untuk rider MTCIS telah dikecualikan dan En. Zaki hanya perlu membayar caruman sebanyak RM250.00 sebulan. (RM400.00 - RM150.00).  Segala manfaat yang diperolehi masih kekal seperti biasa walaupun caruman telah dikurangkan.


Namun begitu, terdapat beberapa penyakit yang pengecualian caruman mengikut peratusan tertentu seperti berikut :-
  1. Angioplasti Belon (pengecualian 10% daripada bahagian caruman MTCIP/MTCIS)
  2. Terapi Laser Arteri Koronari atau Sebarang Prosedur Koronari Invasif yang lain (pengecualian 10%)
  3. HIV Disebabkan Pemindahan Darah (pengecualian 50%)
  4. Jangkitan HIV Akibat Pekerjaan (pengecualian 50%)
  5. AIDS dengan gejala penuh  (pengecualian 50%)
8. MTWI - Penyakit Wanita
Rider ini adalah khusus untuk perlindungan penyakit yang berkaitan wanita, termasuk perlindungan ke atas rawatan untuk kemalangan yang boleh membawa kecacatan kepada raut wajah yang merupakan mahkota yang paling bernilai bagi wanita.  Peserta Takaful boleh memilih & menentukan nilai perlindungan yang diingini.  Sumbangan atau pampasan akan dibayar oleh MAA Takaful berdasarkan peratusan tertentu mengikut penyakit atau kecederaan yang dihidapi atau dialami.  Berikut adalah senarai penyakit/kecederaan yang dilindungi termasuk peratusan pembayaran wang sumbangan/pampasan serta nilai maksimum yang akan dibayar.

  1. Pemeriksaan Kesihatan Tahunan Wanita seperti ujian darah, pap smear, mammogram, ultrasound dll (pembayaran sehingga RM100 setiap tahun)
  2. Kanser Wanita pada payu dara, uteri serviks, tiub fallopia, ovari, uterus, vagina/vulva (pembayaran 100% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM500,000.00)
  3. Karsinoma In-situ wanita di payu dara dan uteri serviks (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00)
  4. Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis (pembayaran 100% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM500,000.00)
  5. Squamous Intraepithelial Lesion Gred Tinggi (HSIL) dengan Dysplasia yang teruk (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00)
  6. Fibroid (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00)
  7. Sista Ovari (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00)
  8. Pembedahan Pembetulan/Reconstructive Muka Akibat Kemalangan (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00) 
  9. Pembedahan Pembetulan/Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan dan Kanser (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00)
  10. Pemindahan Kulit Akibat Terbakar dan Kanser Kulit (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM50,000.00)  
  11. Keretakan Kulit Akibat Osteoporosis (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM20,000.00)
  12. Artritis Reumatoid dengan Komplikasi (pembayaran 30% daripada nilai perlindungan MTWI yang diambil, maksimum RM20,000.00)
9. MTMP - Perlindungan Wanita Bersalin
Rider ini menawarkan perlindungan bagi komplikasi yang melibatkan ibu yang hamil serta anak yang dikandung, namun begitu rider ini memerlukan rider MTWI dimasukkan sekali didalam plan takaful dengan nilai perlindungan yang sama.  Kaedah pembayaran sumbangannya adalah hampir sama dengan rider MTWI dengan peratusan tertentu mengikut komplikasi yang dihadapi, dengan pembayaran sumbangan sehingga 200% daripada nilai perlindungan yang diambil!


Antara manfaat yang diterima melalui rider ini adalah untuk ibu seperti elaun kelahiran sehingga 3 kelahiran, elaun tunai harian untuk penginapan dihospital akibat komplikasi kehamilan, kematian akibat kelahiran, komplikasi kehamilan seperti penyebaran pengumpulan intravaskular, kehamilan ektopik (luar uterus),kehamilan molar, kematian neonatal, eklampsia atau kematian fetus.

Disamping itu rider ini turut memberi manfaat untuk penyakit kongenital bayi seperti sindrom down, spina bifilda, tetralogy fallot, transposisi pembuluh utama, kecacatan atrium septum dan kecacatan ventrikular septum.
   

akan bersambung.....


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates