Thursday, July 14, 2011

SUHAIDAH PERLU BANTUAN RAWATAN MATA

Berikut adalah petikan daripada beberapa bahagian artikel (bukan artikel penuh) yang disiarkan didalam KISAH MASYARAKAT akhbar sisipan MEGA, Utusan Malaysia 14 Julai 2011 oleh Rosmah Dain, sebagai renungan yang berguna disamping bantuan yang ditagih daripada para pembaca yang ingin membuat sumbangan ikhlas kepada Shuhaidah untuk meringankan beban beliau.  Teruskan membaca.

Berat rasanya menanggung derita hanya Tuhan sahaja yang tahu.  Sudahlah sering ditimpa sakit, kos rawatan yang bertambah menyebabkan kemampuan untuk mengumpulkan duit bagi mempercepatkan kos pembedahan matanya yang hampir buta tidak tercapai.  Ini yang dihadapi oleh Suhaidah Jaffar, 30 anak kelahiran Johor dan kini menetap di Kampung Sungai Tangkas, Kajang, Selangor, bersama suaminya sejak pernikahan mereka enam tahun yang lalu.  Suhaidah memberitahu dia menerima kenyataan hidup apabila disahkan sebagai penghidap kencing manis kronik sejak tahun 2008.

Dari setahun ke setahun kesihatan Suhaidah juga semakin parah.  Selain kencing manis, buah pinggangnya rosak, tulang menjadi rapuh, selain menghidap darah tinggi dan terkini sejak tiga tahun lalu, matanya pula hampir buta.

Doktor kata saya mengalami katarak yang teruk dan perbelanjaan sebanyak RM15,000 diperlukan bagi mempercepatkan rawatan pembedahan matanya dihospital swasta.  Jika mengharapkan pembedahan daripada hospital kerajaan, saya terpaksa menunggu sehingga tiga tahun lagi baru saya dapat jalani rawatan berkenaan memandangkan senarai menunggu yang panjang.

Suaminya, En. Mohd Hirwan Muhamad Ishak, 30, berkata, "tiada niat saya untuk meminta-minta tetapi saya sudah hilang cara bagaimana hendak membantu mendapatkan kewangan bagi rawatan pembedahan mata isteri saya", katanya yang hanya berpendapatan sekitar RM700 sebulan.  tambahnya dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia terpaksa berkorban membeli ubat-ubatan isterinya termasuk ubat untuk dialisis sebanyak RM90 setiap kali rawatan, walaupun mendapat bantuan darpada SOCSO untuk rawatan hemodialisis.

Kepada yang ikhlas mahu menghulur bantuan, sila berhubung terus dengan Puan Suhaidah dan suaminya En. Mohd Irwan di :-


Lot 44B, Batu 18, Kampung Sungai Tangkas,
43000 Kajang, Selangor

atau hubungi di talian : 017-2967708  atau  012-6898651.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates