Wednesday, July 6, 2011

RUGIKAH ANDA KERANA MENYERTAI PLAN PERLINDUNGAN TAKAFUL?

Adakah dengan memperuntukkan sebahagian daripada wang yang ingin disimpan atau dilaburkan ke dalam Plan Perlindungan Takaful, merugikan atau menyebabkan portfolio pelaburan anda berkurangan? Adakah ia boleh menyebabkan anda kurang kaya daripada sepatutnya walaupun tidaklah akan memiskinkan anda? Cuba anda lihat analisa untuk contoh dibawah :-

En. Ibrahim dan En. Solehan merupakan rakan karib namun mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pelaburan.  Kedua-duanya memperuntukkan amaun yang sama setiap bulan untuk dilaburkan iaitu sebanyak RM500.00.  Dengan amaun tersebut, En. Ibrahim menggunakan sepenuhnya RM500.00 untuk dilaburkan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), manakala En. Solehan memperuntukkan RM300.00 untuk dilaburkan di dalam ASB manakala baki RM200.00 diperuntukkan untuk menyertai Plan Perlindungan Takaful dengan manfaat perlindungan seperti jadual dibawah. 

Pengiraan untuk nilai pelaburan adalah dengan andaian dividen tahunan sebanyak 8% di umumkan oleh ASB dan tempoh tabungan selama 6 tahun.


Jika dilihat daripada jadual di atas, selepas 6 tahun melabur di dalam ASB, jelas tabungan terkumpul En. Ibrahim (RM47,536.00) adalah hampir 2 kali ganda daripada tabungan En. Solehan (RM28,522.00). Adakah anda merasakan En. Solehan telah membuat keputusan yang kurang tepat berkenaan pelaburannya? 

Penulis menyerahkan kepada para pembaca untuk menilainya selepas membaca keseluruhan artikel ini!  Jadual dibawah adalah anggaran manfaat yang diterima oleh En. Solehan bagi Plan Perlindungan MAA Takaful untuk nilai RM200.00 yang diperuntukkan setiap sebulan.



Senario :

Ditakdirkan, kedua-dua rakan karib ini mengalami kemalangan apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh motosikal yang dinaiki oleh mereka.  Kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang serius, terpaksa dimasukkan ke dalam ICU serta juga terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialami.  Rawatan yang mengambil masa berbulan-bulan ini telah menelan anggaran perbelanjaan hampir RM30,000.00 seorang, disamping anggaran perbelanjaan sebanyak RM10,000.00 untuk ubat-ubatan, fisioterapi dan rawatan susulan.  

Walaupun nyawa mereka berjaya diselamatkan, namun mereka telah disahkan oleh doktor hilang upaya penuh.  Keadaan ini turut menyebabkan mereka hilang punca pendapatan disebabkan tidak lagi mampu bekerja. 

Jangkaan anda, bagaimana mereka mahu meneruskan hidup di hari mendatang? perbelanjaan harian masih perlu disediakan, anak-anak memerlukan dana untuk meneruskan atau melanjutkan pelajaran dan pasti ada hutang-piutang yang perlu dijelaskan seperti hutang kad kredit, hutang ansuran kereta dan rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain. Apakah nasib mereka?

En. Ibrahim :
Terpaksa mengeluarkan pelaburan ASB untuk membiayai bil rawatan hospital & rawatan susulan sebanyak RM40,000.00.  Selepas ditolak perbelanjaan perubatan, beliau hanya mempunyai baki RM7,536.00 untuk meneruskan kehidupan.

En. Solehan :
Manakala untuk En. Solehan, bil rawatan hospital & rawatan susulan sepenuhnya ditanggung oleh Plan MAA Takaful dibawah manfaat bil hospital dan akan terus menerus ditanggung sehingga jumlah manfaatnya habis (maksimum RM300,000.00).  Tiada keperluan untuk menggunakan wang simpanan.  Disebabkan beliau disahkan sebagai hilang upaya penuh dan memenuhi syarat kecederaan untuk manfaat kemalangan, MAA Takaful telah membayar sumbangan keseluruhan sebanyak RM124,500.00 (Hilang upaya + kemalangan + baki tabungan).  Wang sumbangan yang diterima tersebut dimasukkan ke dalam akaun ASB beliau, dimana jumlah pelaburan beliau terkini adalah sebanyak RM153,022.00 (RM124,500.00 + RM28,522.00).  Dengan mengambil andaian dividen yang dimumkan oleh ASB sebanyak 8% setahun, beliau akan memperolehi dividen sebanyak RM12,241.00 setahun ataupun RM1,020.00 sebulan.  Ia boleh diumpamakan sebagai duit pencen untuk En. Solehan kerana ia akan berterusan diterima oleh beliau selagi wang pokoknya (RM153,022.00) tidak dikeluarkan daripada ASB.

Sudahkah anda membuat penilaian dan menjawab persoalan di atas? Jelaskah anda bagaimana berbezanya nasib 2 sahabat tersebut walaupun membuat jumlah pelaburan yang sama?

Oleh yang demikian, dimana kedudukan anda, adakah anda En. Ibrahim atau En. Solehan?

Fikir-fikirkan dan pastikan anda membuat tindakan yang bijak!

Hanya anda yang ada jawapannya!




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates