Thursday, June 23, 2011

TANDA-TANDA AWAL KANSER

  1. KANSER PARU-PARU - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  2. KANSER OTAK - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  3. KANSER PANGKAL RAHIM - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan. 
  4. KANSER PAYU DARA - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. 
  5. KANSER DARAH (LEUKIMIA) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
  6. KANSER USUS BESAR - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 
  7. KANSER PERUT - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. 
  8. KANSER LIMPA - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. 
  9. KANSER PROSTAT - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. 
  10. KANSER TEKAK - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates