Thursday, June 16, 2011

PENAMA DI DALAM POLISI TAKAFUL

Penama adalah orang yang dilantik oleh pemunya polisi Takaful untuk menerima wang pampasan sekiranya pemunya polisi Takaful meninggal dunia. Namun begitu, bagi umat Islam yang tertakluk kepada hukum faraid dan undang-undang pusaka Islam, penerima hanya akan bertindak sebagai PENTADBIR ataupun PEMEGANG AMANAH sahaja. Maksudnya, penerima bertanggungjawab memastikan wang pampasan tersebut diuruskan secara berhemah termasuk untuk menguruskan pengebumian arwah, melaksanakan wasiat arwah sekiranya ada, menyelesaikan segala hutang piutang arwah di dunia, melaksanakan badal haji arwah dan akhir sekali memastikan lebihan wang pampasan tersebut diagihkan kepada waris berdasarkan hukum faraid yang telah ditetapkan didalam Islam.


Tetapi, yang tak digalakkan dibuat didalam penamaan.....

Walaupun terlampau sayangkan anak terutama yang masih dibawah umur 18 tahun, AMAT-AMAT TIDAK DIGALAKKAN untuk menjadikan mereka sebagai penama. KENAPA? Anak yang dibawah umur 18 tahun, tidak layak untuk dilantik sebagai pentadbir harta ataupun pemegang amanah. Wang pampasan tersebut berkemungkinan tinggi ‘ditahan’ oleh pihak syarikat Takaful ataupun diserahkan kepada syarikat amanah berdaftar seperti Amanah Raya dan hanya akan diserahkan apabila umur anak mencapai 18 tahun. Melainkan memang itu tujuan asal arwah, kerana jika tidak, ia hanya akan menyebabkan wang pampasan tersebut tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh waris untuk meneruskan kehidupan.



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates