Sunday, July 12, 2009

TAK PERLU, KOS PERUBATAN SAYA DIURUSKAN OLEH MAJIKAN !

Salah satu keuntungan atau faedah bekerja dengan kerajaan adalah anda dijanjikan perlindungan perubatan untuk seluruh keluarga di semua hospital kerajaan, sehingga akhir hayat! (tidak termasuk bagi yang bekerja di dalam Goverment lead Company ataupun GLC). Kelayakan bilik samada kelas 1,2 atau 3 (ade ke??) bergantung kepada tingkat jawatan anda. Kos ditanggung sepenuhnya! Namun kekurangannya adalah dari aspek untuk mendapatkan rawatan yang lebih effisien, berkualiti & cepat yang kebiasaanya ditawarkan oleh hospital swasta kerana faedah yang diberikan adalah tertakluk di hospital kerajaan sahaja. Ini tidak mengambilkira kemungkinan anda terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan kerana terlampau ramai pesakit yang turut mempunyai masalah seperti anda....sanggupkah anda?

Bagi yang bekerja dengan pihak swasta, kebiasaanya anda dilindungi rawatan perubatan hospital melalui pelan insuran berkelompok yang dibiayai oleh syarikat. Bergantung kepada setiap syarikat, perlindungan mungkin hanya untuk staf dan ada syarikat yang prihatin, akan tanggung untuk keseluruhan ahli keluarga. Secara kasarnya, kekurangan bagi faedah yang kebiasaanya ditawarkan oleh syarikat swasta adalah seperti berikut :

1. Terdapat had atau limitasi dari segi kos yang akan ditanggung oleh pihak syarikat. Sebarang lebihan perlu ditanggung oleh pekerja.

2. Perlindungan atau faedah yang ditawarkan hanya berkuatkuasa selagi anda masih bekerja dengan syarikat ataupun sehingga anda pencen. Cuba bayangkan kalau syarikat terpaksa ditutup ataupun anda diberhentikan ataupun anda telah sampai umur pencen, dan nak dijadikan cerita, anda menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan yang pastinya melibatkan wang ribuan ringgit selepas tempoh tersebut? Sanggupkah anda menggunakan wang simpanan anda seperti KWSP, yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan ketika hari tua anda? Mampukah anak-anak anda membantu membiayainya? Itu baru kos rawatan, belum lagi diambil kira kos rawatan susulan yang sebenarnya lagi mahal?

3. Perlindungan hanya ditawarkan untuk staf, bermaksud keluarga anda tidak dilindungi. Sanggupkah anda hanya mampu berdoa agar anak-anak anda tidak ditimpa sebarang kemalangan atau mengidap penyakit kritikal tanpa melakukan sesuatu bagi memastikan sekiranya ditakdirkan terjadi juga, anda telah bersedia terutama dari aspek kewangan?

4. Lagi teruk kalau perlindungan perubatan hanya meliputi kos rawatan pesakit luar sahaja, bermaksud rawatan seperti mengidap demam biasa, pening, batuk yang kebiasaanya rawatan diuperolehi di klinik-klinik sahaja...

PERSOALANNYA, SANGGUPKAH ATAU BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAPI TAKDIR?






0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates