Saturday, July 11, 2009

TAMATKAN SIJIL TAKAFUL KERANA AGEN BERMASALAH ?

Mengikut statistik, antara punca polisi insuran/takaful ditamatkan sebelum tempohnya adalah kerana agen atau konsultan yang bermasalah ataupun sering kali dikatakan tidak memberi perkhidmatan yang bagus. Ini termasuklah agen-agen menggunakan kesempatan mengaitkan isu ini sebagai pelaris kepada polisi insuran/takaful yang hendak ditawarkan.

Betulkah tindakan tersebut? Siapa sebenarnya yang untung dan siapa pula yang akan rugi? Adakah pemegang polisi, agen asal yang dikatakan bermasalah atau agen baru yang oppurtunist? Mengikut keadaan, tetapi selalunya yang rugi akan merujuk kepada pemegang polisi, manakala pihak yang untung pula tak perlu la saya nyatakan...;-). KENAPA? 3 perkara utama :

1. Insuran/Takaful adalah bersifat jangka panjang walaupun seringkali dikait dengan salah satu bentuk pelaburan. Jarang anda akan dapat kembali wang yang telah anda carum/bayar bertahun-tahun lamanya apabila polisi ditamatkan lebih awal daripada tempoh matangnya.

2. Kos insuran akan meningkat selaras dengan peningkatan umur anda. Maksudnya, caruman yang akan dikenakan ke atas anda adalah berbeza pada umur anda 30 tahun dengan caruman pada umur pada 40 tahun, walaupun untuk jumlah perlindungan atau benefit yang sama.

3. Dan akhir sekali, perlu di ingat syarat yang dikenakan oleh pihak syarikat insuran/takaful iaitu PERMOHONAN HANYA DITERIMA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN. Bolehkah anda pastikan anda masih sihat dan masih boleh diterima utk mengambil insuran/takaful lain sekiranya diperlukan?

Fikir-fikirkan sebelum anda membuat keputusan. Fahami insuran/takaful yang anda ada atau hubungi agen yang anda percayai untuk membantu anda memahami.

Cheers, Mokhzamir.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates