Showing posts with label MAA Takaful Products. Show all posts
Showing posts with label MAA Takaful Products. Show all posts

Monday, July 4, 2011

APA ITU RIDER?

Didalam setiap plan takaful, dua perkara perlindungan asas (basic) yang perlu ada iaitu perlindungan untuk kematian dan perlindungan hilang upaya keseluruhan seperti lumpuh seluruh badan (total permanent disablement).

Manakala Rider adalah manfaat perlindungan tambahan ke atas perlindungan asas yang boleh dipilih supaya sijil takaful yang dimiliki mampu menawarkan perlindungan yang lebih komprehensif. Kebiasaanya Rider tidak boleh wujud secara bersendirian. Contoh rider yang paling kerap ditambah adalah perlindungan 46 jenis penyakit kritikal. 

Secara kiasannya, perlindungan asas takaful adalah seperti sebuah kereta manakala rider adalah seperti ABS atau air-bag yang ditambah untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pemandu kereta berkenaan, namun begitu ia bukan kemestian dan bukan prasyarat untuk kereta tersebut berfungsi dengan baik, dan ia juga tidak boleh berfungsi secara sendirian tanpa adanya kereta! 

Berikut adalah antara senarai rider-rider yang ditawarkan oleh MAA Takaful :
  1. MTCIP - Penyakit Kritikal Manfaat Tambahan Plus
  2. MTCIS - Penyakit Kritikal Manfaat Tambahan Super
  3. xxMTCB - Manfaat Penyumbang
  4. MTJCI - Perlindungan Penyakit Kritikal Juvana
  5. MTKP - Perlindungan Khusus
  6. MTZP - Perlindungan Ziarah
  7. MTWCDD - Pengecualian Caruman Keatas Penyakit Kritikal
  8. MTWI - Penyakit Wanita
  9. MTMP - Perlindungan Wanita Bersalin
  10. MTGW - Perlindungan Golden Wanita
  11. MTHB - Manfaat Hospital
  12. MTHS - Manfaat Hospital & Pembedahan
  13. MTIAI - Gantirugi Kemalangan 


Wednesday, June 29, 2011

PILIHAN DANA PELABURAN YANG DITAWARKAN OLEH MAA TAKAFUL


1.  MAA TAKAFUL SHARIAH GROWTH FUND
Description:
MAA Takaful Shariah Growth Fund seeks capital appreciation over the medium to long-term. This is achieved by investing in predominantly Malaysian equities and equity-related securities complying with Shariah principles. The balance is invested in Islamic fixed interest securities, cash and short term money market instruments. 

Risk Barometer: HIGH

Asset Class Range %
Equities & equity-related securities 30-95%
Fixed income securities 0-30%
Cash & cash equivalents 5-70%
Other Assets 0-10%

Fund Management Fee:
Up to 1.5% per annum 

Fund Performance since inception:
 




2.  MAA TAKAFUL SHARIAH BALANCED FUND
Description:
MAA Takaful Shariah Balanced Fund provides a balanced mix of income returns, as well as capital growth over the medium to long term, by investing in a diversified portfolio of Shariah-compliant equities and fixed income securities. 

Risk Barometer: MODERATE TO HIGH

Asset Class Range %
Equities & equity-related securities 10-70%
Fixed income securities 30-55%
Cash & cash equivalents 5-60%
Other Assets 0-1%

Fund Management Fee:
Up to 1.5% per annum 

Fund Performance since inception:




3.  MAA TAKAFUL SHARIAH INCOME FUND
Description:
MAA Takaful Shariah Income Fund aims to provide a stable level of income through investments in a diversified portfolio of Shariah-compliant fixed income securities. This is achieved by investing primarily in Islamic fixed securities, cash, short term money market instruments and income yielding Malaysian equities.

Risk Barometer:LOW TO MODERATE

Asset Class Range %
Equities & equity-related securities 0-10%
Fixed income securities 40-95%
Cash & cash equivalents 5-60%
Other Assets 0-1%

Fund Management Fee:
Up to 1.5% per annum 

Fund Performance since inception:




4.  MAA TAKAFUL SHARIAH FLEXI FUND
Description:
MAA Takaful Shariah Flexi Fund aims to generate a positive return over medium to long-term period given the flexibility of the asset allocation of the fund. The fund is invested in a diversified portfolio of Shariah-compliant securities, predominantly in Malaysian equities, Islamic debt securities and short term-term Islamic money market. The allocation of assets will be determined by market conditions.

Risk Barometer: MODERATE TO HIGH

Asset Class Range %
Equities & equity-related securities 10-90%
Fixed income securities 10-90%
Cash & cash equivalents 5-60%
Other Assets 0-1%

Fund Management Fee:
Up to 1.3% per annum 

Fund Performance since inception:


Tuesday, June 21, 2011

PART 3 - MEMAHAMI PLAN SMARTMEDIC 100 YANG ANDA PILIH


#3 - HAD KELAYAKAN BILIK HOSPITAL



Didalam pemilihan plan untuk kad perubatan terbaik yang akan memenuhi keperluan anda, perkara yang patut diberi keutamaan adalah kelayakan kadar bilik hospital yang ditanggung, termasuk kos untuk makanan seharian (sekurang-kurangnya pagi, tengahari dan malam).  Kad perubatan MAA Takaful SmartMedic 100 menawarkan pilihan yang sangat kompetitif, dengan plan yang terendah menawarkan kelayakan kadar kelayakan tanggungan bilik hospital daripada RM150 semalam untuk Plan 1 sehinggalah ke RM450 semalam untuk Plan 4.

Apa yang membezakan antara kadar RM150 dengan RM450?
Bezanya adalah anda akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk jenis bilik hospital yang anda layak untuk menginap dengan plan yang lebih tinggi.  Di dalam jadual dibawah adalah antara contoh kadar bayaran bilik hospital di beberapa hospital terkenal di lembah klang sebagai rujukan, (nota : kadar bayaran yang dinyatakan dibawah tidak termasuk bayaran makanan dan bayaran cukai kerajaan).  Oleh yang demikian, sekiranya anda mengambil Plan 1 yang menawarkan tanggungan sehingga RM150 (maksimum) semalam, pilihan jenis bilik hospital yang anda layak hanyalah bilik dengan 4 katil. Sekiranya anda lebih selesa dengan wad yang mempunyai 2 katil atau 1 katil, Plan 1 akan menyebabkan anda dikenakan penalti oleh syarikat kerana menggunakan had yang melebihi had plan yang diambil.  Lagi tinggi kelayakan kadar bilik hospital, lagi banyak pilihan yang anda boleh tentukan.

Untuk lebih pemahaman, berikut adalah contoh bagi menerangkan kes di atas.

En. Zulkifli mengambil Plan 1 SmartMedic 100.  Plan 1 ini melayakkan En. Zulkifli mendapat tanggungan kos perubatan sehingga RM50,000 pada tahun semasa dan kadar wad bilik semalam sehingga RM150.  Baru-baru ini En. Zulkifli  telah dimasukkan ke hospital Sunway Medical Centre akibat jangkitan paru-paru.  Berdasarkan kepada kelayakan Plan 1 yang beliau ambil, beliau hanya layak untuk menginap di wad bilik dengan 4 katil.  Tetapi pada sepanjang minggu tersebut, wad dengan 4 katil telah penuh, dan yang hanya tinggal adalah wad 1 katil (Single standard) dan ke atas sahaja.  Disebabkan tiada pilihan, En. Zulkifli terpaksa memilih bilik dengan 1 katil yang mempunyai kadar semalam RM268++ (termasuk makanan).  Walaupun bil keseluruhan yang dikenakan adalah RM12,000 (kurang daripada had tahunan sebanyak RM50,000), En. Zulkifli masih dikenakan penalti kerana menginap di wad yang melebihi daripada kelayakan.    

Oleh yang demikian, pastikan anda membuat pilihan Plan SmartMedic 100 yang sesuai dengan keperluan anda!


SUNWAY MEDICAL CENTRE
Room Type
Room Rate *
(RM per day)
4 bedded
95.00
2 bedded
150.00
Single Standard
268.00
SingleDeluxe
338.00
VIP Suite
650.00


SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE (SJMC)
Room Type
Room Rate *
(RM per day)
4 bedded
88.00
2 bedded
128.00
Single
198.00
Single Executive
308.00
Suite
550.00
Golden Suites (3 rooms)
2500.00
Golden Suite (1 room)
888.00


GLENEAGLES INTAN MEDICAL CENTRE
Room Type
Room Rate *
(RM per day)
4 bedded
80.00
2 bedded
140.00
Single
230.00
Executive Single
330.00
Suite
600.00
Executive Suite
1,600.00
Presidential Suite
3,800.00

-----------------------------------------------------------------------------------------------------








Saturday, June 18, 2011

PART 2 - MEMAHAMI PLAN SMARTMEDIC 100 YANG ANDA PILIH

#2 - HAD TAHUNAN & HAD SEUMUR HIDUP


MAA Takaful memberi pelbagai pilihan plan perubatan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda, bermula daripada PLAN 1 yang menjimatkan sehinggalah kepada PLAN 4 yang menawarkan perlindungan yang lebih ekslusif! Dan yang paling hebatnya, tiada KO-TAKAFUL akan dikenakan oleh MAA Takaful atau lebih dikenali sebagai KO-INSURAN, iaitu perkongsian pembayaran bil hospital diantara pihak syarikat Takaful/Insuran & pemegang polisi mengikut peratusan tertentu.  Ini  bermakna, MAA Takaful akan mengurus semuanya bagi pihak anda !

Kita mula dengan apa yang dimaksudkan oleh Had Tahunan Keseluruhan.  Had tahunan adalah had maksimum yang boleh digunakan untuk menampung kos perubatan dalam tahun semasa.  contohnya, untuk PLAN 1 mempunyai had tahunan keseluruhan RM50,000, iaitu kos maksima yang akan dibiayai oleh MAA Takaful pada tahun berkenaan.  Hanya sekiranya kos melebihi had yang ditetapkan, kos lebihan tersebut perlu ditanggung oleh pemegang polisi.  Jumlah had akan kembali ke RM50,000 untuk tahun berikutnya dan akan berterusan sehinggalah had seumur hidup mencapai had maksima.
   
Had Seumur Hidup pula sama seperti had tahunan, cuma tempoh masanya lebih panjang, iaitu samada sehingga ia mencapai tempoh tamat pada umur 80 tahun atau had telah sepenuhnya digunakan, bergantung yang mana paling awal berlaku.  Bila keadaan ini berlaku, perlindungan perubatan MAA Takaful akan ditamatkan.  Had seumur hidup akan berkurangan selaras dengan pengurangan had tahunan, namun nilainya tidak akan kembali ke asal seperti had tahunan apabila masuk ke tahun berikutnya.

Untuk pemahaman lebih lanjut, berikut adalah contoh senario.
En. Zamani mempunyai kad perubatan PLAN 1, dengan had tahunan RM50,000 dan had seumur hidup RM150,000.  Baru-baru ini En. Zamani telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit lemah jantung selama sebulan lebih dan bil keseluruhan hospital yang dikenakan adalah RM20,000.

Oleh yang demikian, had tahunan yang masih boleh digunakan pada tahun tersebut hanya tinggal RM30,000, manakala had seumur hidup turut telah berkurangan kepada RM130,000.  Untuk tahun berikutnya, had tahunan akan dinaikkan semula kepada RM50,000 tetapi had seumur hidup akan terus berkurangan sekiranya had tahunan digunakan.


Pembaca yang membaca artikel ini turut membaca artikel dibawah :-















PART 1 - MEMAHAMI PLAN SMARTMEDIC 100 YANG ANDA PILIH

#1 - CARUM HANYA RM185.25 SEBULAN UNTUK PERLINDUNGAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK SELURUH KELUARGA BERNILAI RM600,000

Jadual 1
Nota : Caruman yang ditunjukkan didalam jadual diatas adalah secara tahunan.  Sekiranya perlu anggaran caruman untuk bulanan, hanya perlu caruman tahunan tersebut dibahagikan dengan 12 bulan.



Jadual 2

PERKARA PERTAMA yang patut anda fikirkan adalah memastikan sekurang-kurangnya diri anda, isteri atau suami anda, anak-anak anda, ibu bapa anda (sekiranya masih ada & mempunyai kesihatan yang baik dan berada pada usia kurang daripada 59 tahun), adik beradik anda, sanak saudara anda, teman rapat dan lain-lain disekeliling yang penting bagi anda, berkemampuan untuk menampung sebarang kos rawatan yang semakin meningkat! Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, anda mungkin boleh hadkan perbelanjaan harian anda, catu kuantiti makanan/minuman atau mengurangkan pengambilan makanan yang mewah, atau menangguhkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran, tetapi percayalah anda pasti tidak mungkin dapat menangguhkan rawatan sekiranya menghidap penyakit kritikal!

Sebagai contoh, sebuah keluarga sederhana dengan 2 orang cahaya mata berusia 2 tahun (perempuan) dan 6 tahun (lelaki).  Si bapa berusia 35 tahun manakala si ibunya baru berusia 28 tahun.  Bagi memastikan seluruh ahli keluarganya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan terbaik daripada pakar-pakar yang bertugas di hospital-hospital swasta yang pastinya bukan murah, si bapa hanya perlu membelanjakan atau mencarum sebanyak RM185.25 sebulan ataupun RM6.20 sehari bagi polisi perubatan MAA Takaful untuk jumlah perlindungan rawatan perubatan keseluruhan yang diperuntukkan oleh MAA Takaful untuk keluarga ini sebanyak RM600,000!

Adakah anda bersetuju bahawa si bapa membuat keputusan yang bijak & perbelanjaan yang dikeluarkan amat berbaloi?

Pengiraan bagi jumlah caruman sebanyak RM185.25 untuk keluarga ini adalah seperti dibawah :-

Pilihan Plan MAA Takaful untuk seisi keluarga = Plan 1
  1. Si bapa yang berumur 35 tahun berada didalam lingkungan umur 30-39 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM633 ataupun RM52.75 sebulan (RM633 / 12 bulan).
  2. Si ibu yang berumur 28 tahun berada di dalam lingkungan umur 22-29 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM536 ataupun RM44.70 sebulan.
  3. Untuk si abang yang berusia 6 tahun, beliau berada di dalam lingkungan umur 6-15 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM387 ataupun RM32.35 sebulan.
  4. Dan yang terakhir si adik yang berusia 2 tahun, beliau berada di dalam lingkungan umur 30 hari-5 tahun.  Untuk Plan 1, caruman tahunan yang dikenakan adalah sebanyak RM665 ataupun RM55.45 sebulan.
maka, RM185.25 = RM52.75 (bapa) + RM44.70 (ibu) + RM32.35 (abang) + RM55.45 (adik)

Sila rujuk Jadual 1 di atas untuk caruman yang dikenakan bagi linkungan umur anda & orang yang anda ingin lindungi dan plan takaful yang anda pilih.  Maklumat terperinci untuk setiap plan ditunjukkan didalam Jadual 2.

Sudahkah anda dan keluarga anda dilindungi?

Kenapa anda perlu menggunakan wang simpanan anda yang mengambil masa bertahun-tahun dikumpulkan untuk membiayai perbelanjaan perubatan anda?


Pembaca yang membaca artikel ini turut membaca artikel dibawah :-










PANEL HOSPITAL MAA TAKAFUL

NoPanel HospitalsTel. No.
KUALA LUMPUR
1Prince Court Medical Centre603-2160 0000
2Pantai Cheras Medical Centre603-9132 2022
3Damai Service Hospital  603 4043 4900
4Pusat Rawatan Islam (Pusrawi)603 2687 5000
5KPJ Sentosa Medical Center603 4043 7166
6Sentul Medical Centre603 4041 6962
7Tung Shin Hospital603 2027 1655
8Pantai Medical Centre603 2296 0888
9Taman Desa Medical Centre603 7982 6500
10Pusat Pakar Al-Islam (Kampung Baru Medical Centre)603 2693 1007
11KPJ Pusat Pakar Tawakal603 4023 3599
12Institut Jantung Negara603 2617 8200 
13Gleneagles Intan Medical Centre603 4257 1300
14UKM Specialist Centre (UKMSC)603 9145 5555
15Chinese Maternity Hospital (close for renovation)
16Hospital Pantai Indah Kuala Lumpur603 4289 2828
17Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)603 9145 5555
18UM Specialist Centre603 7949 4738
SELANGOR
19KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital603 427 2500
20Tropicana Specialist Centre (Fomerly Damansara Woman Specialist)603 6287 1111
21Kajang Medical Centre603 87360631
22Puteri Klang Medical Centre (Sentosa Medical Centre)603 5161 9232
23The Tun Hussein Onn Eye Hospital603 7956 1511
24KPJ Kajang Specialist Hospital (Sentosa Medical Centre, Kajang)603 8769 2999
25Darul Ehsan Medical Centre603 5880 8868
26Pantai Klang Specialist Medical Centre603 3372 5222
27Arunamari Specialist Medical Centre603 3324 3288
28Sime Darby Medical Centre (Subang Jaya Medical
Centre)
603 5630 6101
29Sime Darby Medical Megah (Megah Medical
Specialist Group)
603 5630 6101
30Sunway Medical Centre603 7491 9191
31Hospital Assunta602 7680 7132
32Kelana Jaya Medical Centre603 7805 2111
33Clolombia Asia Medical Centre Puchong603 8064 8688
34Alpha Specialist Center603 614 18533
35Sri Kota Specialist Medical Center603 3373 3636
36Kajang Plaza Medical Center603 8739 7077
37KPJ Selangor Medical Center603 5540 3361
38QHC Medical Center603 8024 5760
39KPJ Damansara Medical Center603 7722 2692
KEDAH
40Hospital Pantai Utara (Strand Hospital)604 442 8888
41Metro Specialist Center604 423 8888
42KPJ Kedah Medical Center604 737 3365
43Putra Medical Center604 734 2888
PENANG 
44Tanjung Medical Centre604 226 2323
45Mount Miriam Hospital604 893 2101
46Penang Adventist Hospital604 222 7200
47Gleneagles Medical Center (penang)604 220 2106
48Hospital Lam Wah Ee604 6571 888
49Island Hospital604 2288 222
50Hospital Pantai Mutiara604 443 3888
51KPJ Bukit Mertajam Specialist Hospital604 538 7577
PERAK 
52Perak Community Specialist Hospital605 254 5594
53Sri Manjung Specialist Center605 691 8153
54Kinta Medical Center605 242 5333
55Taiping Medical Center605 807 1049
56KPJ Ipoh Specialist Hospital605 241 8777
57Hospital Pantai Ipoh (Hospital Pantai Puteri) 605 548 4333
58Hospital Fatimah605 545 5777
59Columbia Asia Hospital Taiping05-8208888
MELAKA
60Mahkota Medical Center606 285 2999
61Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka606 231 9999
62Putra Specialist Hospital Melaka (Southern Hospital Melaka)606 283 5888
N. SEMBILAN
63Columbia Asia Medical Center Seremban606 601 1988
64KPJ Seremban Specialist Hospital606 767 7800
65Nilai Cancer Hospital606 8500 999
66NS Chinese Maternity Hospital dan Medical Center606 762 0617
67Senawang Specialist Hospital606 677 0617
JOHOR
68Medical Specialist Center, Wisma Maria (medical Specialist Hospital)607 224 3888
69KPJ Johor Specialist Hospital607 225 3159
70KPJ Puteri Specialist Hospital607 223 3377
71KPJ Hospital Penawar607 252 1800
72Kempas Medical Center607 2368 999
73Pusat Pakar Kluang Utama607 771 8999
74Putra Specialist Center (The Southern Hospital Batu Pahat)607 413 3333
75Hospital Pantai Batu Pahat607 433 8811
KELANTAN
76Kota Bahru Medical Center609 743 3399
77KPJ Perdana Specialist Hospital609 745 8000
TERENGGANU
78Kuala Terengganu Specialist Hospital609 624 5353
PAHANG
79KPJ Kuantan Specialist Hospital609 567 8588
80Kuantan Medical Center609 514 2828
SABAH 
81KPJ Damai Specialist Center6088 222 922
82Sabah Medical Center6088 211 333
83Rafflesia Medical Center6088 272 620
84Klinik Pakar Surgeri Issac Thomas6089 777 323
SARAWAK
85KPJ Kuching Specialist Hospital6082 365 777
86Normah Specialist Medical Center6082 440 055
87Timberland Medical Center608 223 4466
88Columbia Asia Medical Center, Miri608 223 4466
89Rejang Medical Center6084 330 733
90Sibu Specialist Medical Center6084 328 800
91Miri City MedicalCenter6085 426 622



Pembaca yang membaca artikel ini turut membaca artikel dibawah :- 






36 JENIS PENYAKIT

1. Serangan Penyakit Jantung
Kematian sebahagian otot jantung akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti melalui;
     i. Mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
    ii. Perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini ; dan
   iii. Peningkatan tahap enzim kardiak yang melebihi tahap normal makmal

2. Penyakit Arteri Koronari Yang Memerlukan Pembedahan
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.

5. Kegagalan Buah Pinggang
Kegagalan buah pinggang di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialisis buah pinggang berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan buah pinggang.

6. Penyakit Lumpuh
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu..

7. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
     i. Buah Pinggang
    ii. Paru-paru
   iii. Hati
   iv. Jantung
    v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
     i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan  saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
    ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
    iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :
    i. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
   ii. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
   iii. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostik.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa..

11. Koma
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

12. Buta
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung
Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.
Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzhemier
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak )

18. Kebakaran Parah
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.

19. Penyakit Membawa Maut
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Di sebabkan Oleh Pemindahan DarahHayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
    i.  Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
   ii.  Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
   iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
    i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
   ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
       a. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
       b. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
       c. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
       d. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
       e. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
       f. Makan – Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
     i. Penyakit kuning kekal;
    ii. Askit
   iii. Ensefalopati;
   iv. Hipotensi portal
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik
Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
    i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
   ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
  iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia APlastik
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
   i. Transfusi produk darah secara berkala.
  ii. Agen perangsang sum-sum.
  iii. Agen imunosupresif.
  iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
   i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
  ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
  iii. Elektromiogram sifatan
  iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

28. Meningitis Bakteria
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :
    i. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
   ii. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
   iii. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
   iv. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
   v. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak BenignaSuatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

30. Eusefalitis
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
   i. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
  ii. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
  iii. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
  iv. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
  v. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya ( Full Blown AIDS )
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
   i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
  ii. Kaposi Sarcoma;
  iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
  iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
   v. Tuberculosis Aktif;
   vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
   vii. Malignant Lymphoma.

32. Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
- Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan OtakTelah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom APPALIC

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
     i. Pengalihan – Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
    ii. Pergerakan – Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
   iii. Buang air / Penggunaan Tandas – Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
   iv. Berpakaian – Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
   v. Mandi / Membasuh – Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

36. Kehilangan Anggota Badan
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.



Friday, June 17, 2011

KAD PERUBATAN HOSPITAL - SMARTMEDIC 100

Kami membantu anda sesuatu yang tidak dirancang...


Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang tersayang yang mungkin terpaksa menaggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital.  kebenarannya, pembedahan yang tidak diguna dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda. 

Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami.  SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.

SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah 'Managed Care Organization' iaitu Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda ;
  • Kemasukan ke Hospital
  • Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital

Antara ciri-ciri UNIK SmartMedic 100 :-

  1. Pembiayaan bil rawatan hospital dibiayai oleh MAA Takaful 100% di hospital panel, TIADA KO-INSURAN (Ko-Insuran bermaksud perkongsian pembayaran bil mengikut peratusan tertentu di antara pemegang polisi dan syarikat takaful/insurance)
  2. Menawarkan KHAIRAT KEMATIAN sebanyak RM5,000 - satu-satunya pelan kad perubatan yang menawarkan faedah sebegini!
  3. Perlindungan ditawarkan sehingga umur 80 TAHUN, pembaharuan terjamin!
  4. Kadar had bilik yang tinggi, bermula daripada RM150 (Plan 1), RM200 (Plan 2), RM300 (Plan 3) dan RM450 (Plan 4) mengikut jenis pelan yang dipilih. Oleh yang demikian, anda mampu berada di wad yang lebih baik dengan pilihan plan yang pastinya tidak membebankan!
  5. Had perlindungan seumur hidup yang tinggi, bermula daripada RM150,000 sehingga RM600,000, mengikut jenis plan yg dipilih!
  6. Sekiranya plan adalah untuk anak, penjaga akan dibayar elaun jagaan setiap kali anak dimasukkan ke hospital. Nilai elaun yang diberi bermula dari RM200 sehingga maksimum RM400 untuk setiap kes! HEBAT KAN?
  7. Satu-satunya plan untuk kad perubatan yang boleh dicarum secara bulanan, suku tahun, setengah tahun ataupun secara tahunan, dengan premium serendah RM33 sebulan*. Sungguh Berbaloi!
* merujuk premium untuk Plan 1 untuk kategori kanak-kanak lelaki berumur 6-15 tahun.






Pembaca yang membaca artikel ini turut membaca artikel dibawah :-









MyAccount - AKSES KE AKAUN MAA TAKAFUL ANDA SECARA ONLINE!

MyAccount adalah perkhidmatan terbaru berasaskan web yang ditawarkan oleh MAA Takaful khusus untuk kemudahan kepada para pemegang polisi plan MAA Takaful untuk mengakses maklumat berkaitan polisi takaful secara online pada bila-bila masa dan dimana jua!.

Dengan perlu melaksanakan sekali pendaftaran, pemegang polisi akan login ke MyAccount melalui www.maatakaful.com.my/myaccount ataupun melalui icon MyAccount yang disediakan ada pada blog ini!

Berikut adalah maklumat yang boleh diakses melalui MyAccount :-
  1. Maklumat polisi
  2. Anggaran 
  3. Maklumat pembayaran
  4. Maklumat terperinci konsultan




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates