Showing posts with label Takaful Planning Articles. Show all posts
Showing posts with label Takaful Planning Articles. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

RUGIKAH ANDA KERANA MENYERTAI PLAN PERLINDUNGAN TAKAFUL?

Adakah dengan memperuntukkan sebahagian daripada wang yang ingin disimpan atau dilaburkan ke dalam Plan Perlindungan Takaful, merugikan atau menyebabkan portfolio pelaburan anda berkurangan? Adakah ia boleh menyebabkan anda kurang kaya daripada sepatutnya walaupun tidaklah akan memiskinkan anda? Cuba anda lihat analisa untuk contoh dibawah :-

En. Ibrahim dan En. Solehan merupakan rakan karib namun mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pelaburan.  Kedua-duanya memperuntukkan amaun yang sama setiap bulan untuk dilaburkan iaitu sebanyak RM500.00.  Dengan amaun tersebut, En. Ibrahim menggunakan sepenuhnya RM500.00 untuk dilaburkan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), manakala En. Solehan memperuntukkan RM300.00 untuk dilaburkan di dalam ASB manakala baki RM200.00 diperuntukkan untuk menyertai Plan Perlindungan Takaful dengan manfaat perlindungan seperti jadual dibawah. 

Pengiraan untuk nilai pelaburan adalah dengan andaian dividen tahunan sebanyak 8% di umumkan oleh ASB dan tempoh tabungan selama 6 tahun.


Jika dilihat daripada jadual di atas, selepas 6 tahun melabur di dalam ASB, jelas tabungan terkumpul En. Ibrahim (RM47,536.00) adalah hampir 2 kali ganda daripada tabungan En. Solehan (RM28,522.00). Adakah anda merasakan En. Solehan telah membuat keputusan yang kurang tepat berkenaan pelaburannya? 

Penulis menyerahkan kepada para pembaca untuk menilainya selepas membaca keseluruhan artikel ini!  Jadual dibawah adalah anggaran manfaat yang diterima oleh En. Solehan bagi Plan Perlindungan MAA Takaful untuk nilai RM200.00 yang diperuntukkan setiap sebulan.



Senario :

Ditakdirkan, kedua-dua rakan karib ini mengalami kemalangan apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh motosikal yang dinaiki oleh mereka.  Kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang serius, terpaksa dimasukkan ke dalam ICU serta juga terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialami.  Rawatan yang mengambil masa berbulan-bulan ini telah menelan anggaran perbelanjaan hampir RM30,000.00 seorang, disamping anggaran perbelanjaan sebanyak RM10,000.00 untuk ubat-ubatan, fisioterapi dan rawatan susulan.  

Walaupun nyawa mereka berjaya diselamatkan, namun mereka telah disahkan oleh doktor hilang upaya penuh.  Keadaan ini turut menyebabkan mereka hilang punca pendapatan disebabkan tidak lagi mampu bekerja. 

Jangkaan anda, bagaimana mereka mahu meneruskan hidup di hari mendatang? perbelanjaan harian masih perlu disediakan, anak-anak memerlukan dana untuk meneruskan atau melanjutkan pelajaran dan pasti ada hutang-piutang yang perlu dijelaskan seperti hutang kad kredit, hutang ansuran kereta dan rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain. Apakah nasib mereka?

En. Ibrahim :
Terpaksa mengeluarkan pelaburan ASB untuk membiayai bil rawatan hospital & rawatan susulan sebanyak RM40,000.00.  Selepas ditolak perbelanjaan perubatan, beliau hanya mempunyai baki RM7,536.00 untuk meneruskan kehidupan.

En. Solehan :
Manakala untuk En. Solehan, bil rawatan hospital & rawatan susulan sepenuhnya ditanggung oleh Plan MAA Takaful dibawah manfaat bil hospital dan akan terus menerus ditanggung sehingga jumlah manfaatnya habis (maksimum RM300,000.00).  Tiada keperluan untuk menggunakan wang simpanan.  Disebabkan beliau disahkan sebagai hilang upaya penuh dan memenuhi syarat kecederaan untuk manfaat kemalangan, MAA Takaful telah membayar sumbangan keseluruhan sebanyak RM124,500.00 (Hilang upaya + kemalangan + baki tabungan).  Wang sumbangan yang diterima tersebut dimasukkan ke dalam akaun ASB beliau, dimana jumlah pelaburan beliau terkini adalah sebanyak RM153,022.00 (RM124,500.00 + RM28,522.00).  Dengan mengambil andaian dividen yang dimumkan oleh ASB sebanyak 8% setahun, beliau akan memperolehi dividen sebanyak RM12,241.00 setahun ataupun RM1,020.00 sebulan.  Ia boleh diumpamakan sebagai duit pencen untuk En. Solehan kerana ia akan berterusan diterima oleh beliau selagi wang pokoknya (RM153,022.00) tidak dikeluarkan daripada ASB.

Sudahkah anda membuat penilaian dan menjawab persoalan di atas? Jelaskah anda bagaimana berbezanya nasib 2 sahabat tersebut walaupun membuat jumlah pelaburan yang sama?

Oleh yang demikian, dimana kedudukan anda, adakah anda En. Ibrahim atau En. Solehan?

Fikir-fikirkan dan pastikan anda membuat tindakan yang bijak!

Hanya anda yang ada jawapannya!




Wednesday, June 29, 2011

TERMA-TERMA PENTING DI DALAM PRODUK TAKAFUL

Takaful - Bermaksud saling jamin menjamin sesama manusia, membantu satu sama lain melalui pengwujudan tabungan yang akan digunakan untuk memberi sumbangan terutama kepada yang ditimpa musibah.  Konsep asas adalah sama dengan insuran konvensional iaitu bertujuan untuk menguruskan risiko, namun perbezaan yang ketara adalah Takaful beroperasi berlandaskan konsep syariah yang dituntut didalam Islam.

Peserta - Terma yang digunakan di dalam Takaful yang merujuk kepada pemunya polisi (policy owner) yang biasa digunakan didalam terma insuran konvensional.  Didalam Takaful, ia dipanggil peserta kerana Takaful adalah berlandaskan kepada konsep saling jamin menjamin dan dana yang dikumpul bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah daripada sumbangan secara ikhlas daripada mereka yang menyertai program Takaful.

Sijil - Terma yang digunakan didalam Takaful yang merujuk kepada polisi didalam insuran konvensional.  Sijil terbentuk berlandaskan akad diantara Syarikat Pengendali Takaful seperti MAA Takaful dengan mereka yang ingin menyertai program Takaful ataupun dikenali sebagai Peserta.  

Wang Sumbangan - Terma yang digunakan didalam Takaful yang merujuk kepada wang pampasan didalam insuran konvensional berdasarkan kepada nilai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak apabila berlaku sesuatu musibah yang dilindungi.  Ia dikenali sebagai wang sumbangan kerana wang tersebut adalah daripada dana terkumpul hasil sumbangan ikhlas para peserta Takaful (bukan hak milik syarikat Takaful), bukan wang ataupun dana yang dipunyai oleh Syarikat Insuran seperti didalam konsep insuran konvensional. 

Wakalah – Prinsip di dalam Islam dimana MAA Takaful hanya akan bertindak sebagai wakil ataupun agen bagi pihak peserta ataupun pencarum untuk menguruskan operasi perniagaan takaful. Disebabkan itu, satu bentuk yuran (dikenali sebagai Wakalah Tharawat) akan dikenakan oleh pihak MAA Takaful sebagai upah untuk pengurusan operasi perniagaan takaful & pengurusan dana yang dikumpul melalui konsep tabarru’ (diterangkan lebih terperinci seperti dibawah).

Tabarru’ – bermaksud bersedekah secara ikhlas (tidak mengharapkan sebarang balasan). Oleh yang demikian, didalam konsep Takaful, sebahagian kecil daripada caruman yang dibayar akan disedekahkan untuk mewujudkan satu tabungan atau dana (bukan hakmilik mutlak syarikat MAA Takaful) yang akan digunakan untuk diagihkan sebagai bantuan kepada peserta-peserta yang mengalami musibah seperti kematian, mengidap penyakit kritikal dan lain-lain yang terlibat (mengikut jumlah perlindungan yang diambil oleh peserta), berdasarkan konsep takaful yang dipersetujui. Didalam terma insuran yang lebih difahami, ia merujuk kepada dana yang akan digunakan untuk pembayaran pampasan untuk setiap perlindungan yang diambil. Dana yang dikumpul ini dikenali sebagai PRIA.   Keuntungan daripada pelaburan ini akan dikongsi bersama diantara MAA Takaful dan peserta MAA Takaful secara sama rata (50:50). Ia dikenali sebagai perkongsian lebihan (surplus sharing).

Firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

PRIA - Tabungan yang diwujudkan daripada sedekah (kadar daripada caruman takaful yang dibayar yang ditetapkan oleh pihak MAA Takaful yang adil untuk semua peserta yang terlibat dan dilindungi) daripada para peserta yang akan digunakan untuk memberi bantuan sekiranya peserta mengalami musibah yang dilindungi (bayaran berdasarkan jumlah perlindungan yang telah dipersetujui diantara pihak MAA Takaful & peserta).  Dana yang terkumpul ini bukan hanya khusus digunakan untuk disumbangkan kepada peserta ketika mengalami musibah sahaja, tetapi turut akan dilaburkan oleh MAA Takaful berlandaskan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan.  Sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikongsi (Mudharabah) bersama para peserta secara sama rata (50:50).  Keuntungan yang diperolehi ini akan dimasukkan ke dalam tabungan PIA para peserta.

PIA - Tabungan peribadi bagi pelaburan para peserta (hak milik peserta) daripada pilihan dana pelaburan berasaskan syariah yang ditawarkan oleh pihak MAA Takaful.  Sebahagian besar daripada caruman yang dibayar akan dilaburkan dan dimasukkan ke dalam tabungan ini. 


Friday, June 17, 2011

MENGENALPASTI KEPERLUAN PLAN PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA

PERTAMA, mengenalpasti kumpulan mana anda berada. Kumpulan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
  • Kumpulan 1 : Bujang dan baru memasuki alam pekerjaan.
  • Kumpulan 2 : Baru memasuki alam perkahwinan.
  • Kumpulan 3 : Berkeluarga dan mempunyai cahaya mata.
  • Kumpulan 4 : Umur pertengahan dengan anak-anak sudah besar dan sudah boleh berdikari.
  • Kumpulan 5 : Memasuki alam persaraan.

KEDUANYA, mengenalpasti jumlah komitmen sumbangan/caruman yang mampu dibuat, samada secara bulanan, suku tahunan ataupun secara tahunan. Best practise sebagai panduan, peruntukan yang dicadangkan adalah berdasarkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih yang diterima.

KETIGANYA, adalah mengenalpasti kategori plan insuran/takaful yang perlu diutamakan. Berikut adalah cadangan kategori plan insuran/takaful mengikut keutamaan :

  1. Plan bagi perlindungan Perubatan (MAA Takaful SmartMedic 100).
  2. Plan bagi perlindungan mata pencarian/kesinambungan hidup akibat kematian, hilang upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal. (MAA Takafulink, CancerCare).
  3. Plan pendidikan anak. (MAA Takaful Education).
  4. Plan untuk perlindungan akibat kecederaan daripada kemalangan (Patina 77).

Setelah anda mengenalpasti kategori plan & kumpulan mana anda berada, baru anda akan masuk ke langkah KEEMPAT iaitu menghubungi konsultan yang mempunyai tauliah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan spesifikasi plan secara terperinci termasuk komitmen kewangan yang perlu disumbangkan. Perlu diingat, dalam realitinya tiada satu plan yang sesuai untuk semua (NO SINGLE PLAN CAN FIT ALL).

RM50 ke, RM100 ke, RM150 ke atau lain-lain amaun yang biasanya dicadangkan oleh pihak konsultan dalam pamplet sewajarnya hanya dijadikan sebagai panduan, bukan pilihan!. Murah atau mahal sepatutnya tidak dijadikan kriteria utama apabila memilih plan insuran/takaful, tetapi harus berdasarkan spesifikasi plan yang yang paling menepati kehendak dan keperluan semasa anda dengan budget yang ada!




TAKAFUL vs INSURAN KONVENSIONAL

Secara asasnya, Insuran dan Takaful merupakan bentuk pengurusan risiko yang digunakan bagi jaminan terhadap risiko berkemungkinan melibatkan kerugian kewangan. Pada dasarnya kedua-duanya berdasarkan kepada objektif yang sama, iaitu instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. Kedua-duanya tertakluk dibawah pengawasan Bank Negara, tetapi yang membezakan antara kedua-duanya dari segi perundangan ialah Takaful turut diawasi oleh Badan Syariah.


Pengurusan risiko perlu membabitkan risiko yang boleh dikenalpasti termasuk puncanya dan boleh dianggarkan kerugian yang dialami.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Syarikat pengendali Insuran mentakrifkan ia sebagai pemindahan risiko daripada pihak pengguna atau pelanggan kepada pihak syarikat, dan dengan itu pihak pelanggan tersebut akan dikenakan sejumlah yuran yang dikenali sebagai premium untuk membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan bagi menanggung risiko tersebut. Daripada yuran yang diterima tersebut, syarikat akan mewujudkan dana (hakmilik syarikat) yang akan digunakan untuk dilaburkan serta untuk membayar tuntutan. Keuntungan akan diperolehi oleh syarikat bagi setiap lebihan daripada nilai dana minimum yang ditetapkan, samada disebabkan oleh tuntutan sebenar yang dbayar kurang daripada unjuran yang dbuat, atau keuntungan daripada pelaburan (sepenuhnya dimiliki oleh pihak syarikat) yang dibuat bermodalkan daripada dana tersebut. Rujukan lanjut berkenaan Insuran, layari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Insurans

Manakala Syarikat pengendali Takaful mengamalkan konsep Tabarru', dimana syarikat hanya akan bertindak sebagai pengendali kepada dana (hakmilik pelanggan atau peserta) yang diwujudkan daripada sumbangan para pelanggan yang dkenali sebagai peserta yang menyertai program Takaful tersebut. Pengendalian akan melibatkan operasi pengurusan & pelaburan kepada dana tersebut yang berpandukan kepada garispanduan syariah, operasi pentabdbiran serta operasi membayar tuntutan kepada peserta yang ditimpa bencana, selaras dengan syarat dan terma yang telah dipersetujui semasa akad. Disebabkan syarikat hanya bertindak sebagai pengendali, sejumlah upah yang berpatutan yang dikenali sebagai Wakalah akan dikenakan oleh pihak syarikat kepada peserta. Keuntungan akan diperolehi oleh syarikat berdasarkan kepada jumlah upah yang diterima, serta melalui perkongsian keuntungan dengan para peserta daripada pelaburan yang dibuat bermodalkan dana yang dikumpul melalui konsep Mudharabah. Rujukan lanjut berkenaan Takaful, sila layari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful

Berikut adalah gambarajah perbezaan pengendalian di antara Insuran (konvesional) & Takaful.







Thursday, June 16, 2011

APAKAH ASET PALING UTAMA ANDA?

Adakah definisi ASET UTAMA anda adalah hartanah? Atau kereta mewah? Atau memiliki perniagaan yang menghasilkan keuntungan setiap tahun? Atau mempunyai simpanan dan pelaburan yang bernilai tinggi?

Tiada jawapan betul atau salah kerana ia bergantung kepada penilaian individu. Tetapi bagi penulis, ASET YANG PALING UTAMA adalah diri sendiri, iaitu KEMAMPUAN diri untuk terus menghasilkan pendapatan. Apa yang akan anda fikirkan kalau secara tiba-tiba kemampuan tersebut hilang atau berhenti, adakah komitmen anda akan turut terhenti?


Sepertimana kita akan mengutamakan perlindungan dengan memperuntukkan sejumlah wang kepada ‘aset-aset’ supaya ia dilindungi daripada kehilangan atau kecurian, kebakaran, kerosakan dan lain-lain bencana yang mungkin mencacatkan nilainya, adakah aset yang paling utama iaitu diri kita sendiri turut diambilkira didalam perlindungan tersebut?









BAGAIMANA MENGEKALKAN PENDAPATAN WALAUPUN ANDA TIDAK LAGI BERUPAYA ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA?

Bagi umat Islam, pengagihan wang pampasan daripada polisi Takaful ataupun boleh dikategorikan sebagai harta pusaka tertakluk kepada hukum faraid yang akan diagihkan kepada waris-waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, wang pampasan tersebut bukan sepenuhnya ataupun 100% diterima oleh isteri/suami dan anak-anak.

Tetapi untuk memudahkan pemahaman pembaca, dengan mengandaikan bahawa waris-waris lain seperti ibu bapa & adik beradik bersepakat & bersetuju menyerahkan semua hak daripada wang pampasan yang diterima kepada keluarga arwah bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan, berikut adalah amaun perlindungan asas Takaful yang diperlukan berdasarkan andaian dibawah:

· Gaji terakhir bulanan arwah = RM 3,000.00
· Kos pengebumian = RM 10,000.00
· Kos guaman pengurus amanah = RM 5,000.00
· Jumlah hutang piutang / pinjaman arwah = RM 35,000.00
· KWSP arwah = RM 50,000.00
· Wang simpanan & pelaburan arwah = RM 50,000.00
· Kadar anggaran dividen tahunan = 10%

Oleh yang demikian, Jumlah perlindungan asas takaful yang diperlukan ialah RM410,000.00


Dengan jumlah wang pampasan sebanyak RM 410,000, segala urusan pengebumian, hutang piutang dan lain-lain kos berkaitan dapat dilangsaikan, dengan simpanan sebanyak RM100,000 (KWSP & simpanan/pelaburan) yang boleh digunakan sebagai perancangan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak kelak.

Disamping itu, sekiranya baki wang pampasan sebanyak RM 360,000 dapat dilaburkan semula dengan andaian kadar dividen yang diterima adalah sebanyak 10% setahun, keluarga arwah akan terus-menerus menerima duit perbelanjaan bulanan atau ‘duit pencen’ sebanyak RM 3,000 setiap bulan (sama seperti semasa arwah masih ada) tanpa mengusik sedikit pun wang pampasan tersebut! Ini secara tidak langsung telah bertindak sebagai income generator kepada keluarga arwah.

Anda pasti bersetuju, bukan?



PENAMA DI DALAM POLISI TAKAFUL

Penama adalah orang yang dilantik oleh pemunya polisi Takaful untuk menerima wang pampasan sekiranya pemunya polisi Takaful meninggal dunia. Namun begitu, bagi umat Islam yang tertakluk kepada hukum faraid dan undang-undang pusaka Islam, penerima hanya akan bertindak sebagai PENTADBIR ataupun PEMEGANG AMANAH sahaja. Maksudnya, penerima bertanggungjawab memastikan wang pampasan tersebut diuruskan secara berhemah termasuk untuk menguruskan pengebumian arwah, melaksanakan wasiat arwah sekiranya ada, menyelesaikan segala hutang piutang arwah di dunia, melaksanakan badal haji arwah dan akhir sekali memastikan lebihan wang pampasan tersebut diagihkan kepada waris berdasarkan hukum faraid yang telah ditetapkan didalam Islam.


Tetapi, yang tak digalakkan dibuat didalam penamaan.....

Walaupun terlampau sayangkan anak terutama yang masih dibawah umur 18 tahun, AMAT-AMAT TIDAK DIGALAKKAN untuk menjadikan mereka sebagai penama. KENAPA? Anak yang dibawah umur 18 tahun, tidak layak untuk dilantik sebagai pentadbir harta ataupun pemegang amanah. Wang pampasan tersebut berkemungkinan tinggi ‘ditahan’ oleh pihak syarikat Takaful ataupun diserahkan kepada syarikat amanah berdaftar seperti Amanah Raya dan hanya akan diserahkan apabila umur anak mencapai 18 tahun. Melainkan memang itu tujuan asal arwah, kerana jika tidak, ia hanya akan menyebabkan wang pampasan tersebut tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh waris untuk meneruskan kehidupan.



Sunday, July 12, 2009

TAK PERLU, KOS PERUBATAN SAYA DIURUSKAN OLEH MAJIKAN !

Salah satu keuntungan atau faedah bekerja dengan kerajaan adalah anda dijanjikan perlindungan perubatan untuk seluruh keluarga di semua hospital kerajaan, sehingga akhir hayat! (tidak termasuk bagi yang bekerja di dalam Goverment lead Company ataupun GLC). Kelayakan bilik samada kelas 1,2 atau 3 (ade ke??) bergantung kepada tingkat jawatan anda. Kos ditanggung sepenuhnya! Namun kekurangannya adalah dari aspek untuk mendapatkan rawatan yang lebih effisien, berkualiti & cepat yang kebiasaanya ditawarkan oleh hospital swasta kerana faedah yang diberikan adalah tertakluk di hospital kerajaan sahaja. Ini tidak mengambilkira kemungkinan anda terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan kerana terlampau ramai pesakit yang turut mempunyai masalah seperti anda....sanggupkah anda?

Bagi yang bekerja dengan pihak swasta, kebiasaanya anda dilindungi rawatan perubatan hospital melalui pelan insuran berkelompok yang dibiayai oleh syarikat. Bergantung kepada setiap syarikat, perlindungan mungkin hanya untuk staf dan ada syarikat yang prihatin, akan tanggung untuk keseluruhan ahli keluarga. Secara kasarnya, kekurangan bagi faedah yang kebiasaanya ditawarkan oleh syarikat swasta adalah seperti berikut :

1. Terdapat had atau limitasi dari segi kos yang akan ditanggung oleh pihak syarikat. Sebarang lebihan perlu ditanggung oleh pekerja.

2. Perlindungan atau faedah yang ditawarkan hanya berkuatkuasa selagi anda masih bekerja dengan syarikat ataupun sehingga anda pencen. Cuba bayangkan kalau syarikat terpaksa ditutup ataupun anda diberhentikan ataupun anda telah sampai umur pencen, dan nak dijadikan cerita, anda menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan yang pastinya melibatkan wang ribuan ringgit selepas tempoh tersebut? Sanggupkah anda menggunakan wang simpanan anda seperti KWSP, yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan ketika hari tua anda? Mampukah anak-anak anda membantu membiayainya? Itu baru kos rawatan, belum lagi diambil kira kos rawatan susulan yang sebenarnya lagi mahal?

3. Perlindungan hanya ditawarkan untuk staf, bermaksud keluarga anda tidak dilindungi. Sanggupkah anda hanya mampu berdoa agar anak-anak anda tidak ditimpa sebarang kemalangan atau mengidap penyakit kritikal tanpa melakukan sesuatu bagi memastikan sekiranya ditakdirkan terjadi juga, anda telah bersedia terutama dari aspek kewangan?

4. Lagi teruk kalau perlindungan perubatan hanya meliputi kos rawatan pesakit luar sahaja, bermaksud rawatan seperti mengidap demam biasa, pening, batuk yang kebiasaanya rawatan diuperolehi di klinik-klinik sahaja...

PERSOALANNYA, SANGGUPKAH ATAU BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAPI TAKDIR?






Saturday, July 11, 2009

TAMATKAN SIJIL TAKAFUL KERANA AGEN BERMASALAH ?

Mengikut statistik, antara punca polisi insuran/takaful ditamatkan sebelum tempohnya adalah kerana agen atau konsultan yang bermasalah ataupun sering kali dikatakan tidak memberi perkhidmatan yang bagus. Ini termasuklah agen-agen menggunakan kesempatan mengaitkan isu ini sebagai pelaris kepada polisi insuran/takaful yang hendak ditawarkan.

Betulkah tindakan tersebut? Siapa sebenarnya yang untung dan siapa pula yang akan rugi? Adakah pemegang polisi, agen asal yang dikatakan bermasalah atau agen baru yang oppurtunist? Mengikut keadaan, tetapi selalunya yang rugi akan merujuk kepada pemegang polisi, manakala pihak yang untung pula tak perlu la saya nyatakan...;-). KENAPA? 3 perkara utama :

1. Insuran/Takaful adalah bersifat jangka panjang walaupun seringkali dikait dengan salah satu bentuk pelaburan. Jarang anda akan dapat kembali wang yang telah anda carum/bayar bertahun-tahun lamanya apabila polisi ditamatkan lebih awal daripada tempoh matangnya.

2. Kos insuran akan meningkat selaras dengan peningkatan umur anda. Maksudnya, caruman yang akan dikenakan ke atas anda adalah berbeza pada umur anda 30 tahun dengan caruman pada umur pada 40 tahun, walaupun untuk jumlah perlindungan atau benefit yang sama.

3. Dan akhir sekali, perlu di ingat syarat yang dikenakan oleh pihak syarikat insuran/takaful iaitu PERMOHONAN HANYA DITERIMA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN. Bolehkah anda pastikan anda masih sihat dan masih boleh diterima utk mengambil insuran/takaful lain sekiranya diperlukan?

Fikir-fikirkan sebelum anda membuat keputusan. Fahami insuran/takaful yang anda ada atau hubungi agen yang anda percayai untuk membantu anda memahami.

Cheers, Mokhzamir.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates